fbpx
Tangkap layar memaparkan senarai gaji guru bagi jawatan-jawatan utama merujuk kepada Lampiran Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA).

Wow! Gaji maksima guru Gred Turus III RM28,560 sebulan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Seorang guru Malaysia pada Gred Utama Turus III boleh memperoleh gaji maksima sehingga RM28,560 sebulan menurut Portal Rasmi Kementerian Kewangan.

Menerusi perkongsian di Threads oleh @bennaweys, dia memuat naik tangkap layar yang memaparkan senarai gaji guru bagi jawatan-jawatan utama merujuk kepada Lampiran Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA).

“Berapa gaji cikgu boleh pergi sebulan. Mari kita telusuri gaji ketua cikgu Malaysia yang bergred turus III. Jadi gaji maksima seorang guru bergred turus III ialah rm28,560 sebulan. Berapa pula gaji maksima Pengetua Sekolah Cemerlang Gred Khas C? Jawapannya RM 22,040 sebulan,” tulisnya di ruangan kapsyen.

Seorang Pengetua Sekolah Cemerlang Gred Khas C menerima gaji maksima RM22,040 sebulan, menunjukkan guru yang mencapai gred tertinggi boleh memperoleh pendapatan lebih tinggi daripada sesetengah pengetua.

Menurut perkongsian tersebut, gaji pegawai pengurusan dan profesional lain turut berbeza mengikut gred, di mana Gred Utama Turus I boleh mencecah RM34,360 sebulan, manakala Gred Khas Turus I pula sehingga RM33,950 sebulan.

Perkongsian ini mendapat perhatian pengguna media sosial yang rata-rata turut teruja dan terkejut melihat gaji seorang guru.

“Ada guru yang simpan gaji sebab buat kerja sambilan sebagai guru tuisyen. Berkat kerajinan, pendapatan bulanan digunakan untuk simpanan hari tua dan membeli ubat jika sakit,” kata Shikin.

“Maksimum yang boleh capai. Hakikatnya tak mudah nak naik gred. Ada guru yang khidmat lebih 20 tahun, dah jadi guru kanan, tapi gaji ketika pencen hanya sekitar RM6,000,” komen Zubair.

“Besar gaji mereka. Pencen pun lumayan,” tambah Afif Hafizin. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN