fbpx
Shazeli menunjukkan antara gambar suspek yang ditahan pihaknya pada sidang akhbar di Mess Pegawai Kanan IPK Selangor. Foto AFIQ RAZALI

Masuk Malaysia jadi operator sindiket ‘scammer’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SHAH ALAM – Kelicikan 19 warga asing memasuki negara ini bagi menjadi operator bagi tiga sindiket penipuan sejak dua bulan lalu tumpas dalam serbuan berasingan, baru-baru ini.

Serbuan bermula 23 Januari hingga 28 Januari lalu di sekitar Bandar Sungai Long, Seri Kembangan dan Bandar Puteri Puchong turut menahan seorang lelaki warga tempatan. Kesemuanya berusia 25 hingga 36 tahun.

Ketua Polis Selangor, Datuk Shazeli Kahar berkata, siasatan mendapati suspek-suspek warga asing itu memasuki negara ini pada hujung tahun lalu dan Januari ini.

Katanya, pemeriksaan awal mendapati mereka menggunakan visa lawatan sosial dan pekerjaan namun semakan silang masih dijalankan dengan Jabatan Imigresen.

“Tiga sindiket ini tidak mempunyai kaitan satu sama lain. Dua daripadanya menipu dalam kerja sambilan secara dalam talian. Manakala satu lagi sindiket bertindak dalam penipuan pelaburan saham,” katanya pada sidang akhbar di Mess Pegawai Kanan Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor di sini, hari ini.

Menurut beliau, sasaran sindiket adalah kepada mangsa warga Australia, Itali, China dan Pakistan dengan penipuan dilakukan menerusi aplikasi WhatsApp, Telegram, TRS dan TikTok.

Bagaimanapun, katanya, jumlah kerugian tidak diketahui susulan laporan mangsa dibuat di negara-negara mereka.

“Gaji atau komisen yang diperolehi mereka adalah berbeza dengan setiap mereka mempunyai skrip bagi melaksanakan penipuan tersebut,” jelasnya.

Shazeli berkata, pihaknya merampas pelbagai barangan sindiket bernilai RM85,000.

“Enam daripada ahli sindiket itu telah didakwa di mahkamah dan didenda masing-masing RM2,500. Sementara 14 individu lain masih direman dan kes disiasat mengikut Seksyen 420 dan 120B Kanun Keseksaan,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI