fbpx
Gambar yang dikongsi Zulkifli di laman Facebooknya.

Amal prinsip tabayyun, jauhi komen berunsur fitnah – Zulkifli

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) menasihatkan orang ramai supaya sentiasa mengamalkan prinsip tabayyun dengan menyemak kesahihan berita sebelum disebarkan sebagaimana tuntutan Islam.

Ini kerana kata Senator Dr. Zulkifli Hasan, lidah dan jari kita adalah amanah yang perlu dijauhi daripada komen yang berunsur fitnah, penghinaan dan kata-kata kesat, khususnya di media sosial.

“Saya juga mengingatkan tentang kepentingan perpaduan ummah.

“Hanya dengan kesatuan, kita mampu membina masyarakat bertamadun yang beradab dalam berbeza pandangan, berlapang dada dalam khilaf, dan saling menghormati,” katanya.

Beliau berkongsi nasihat berkenaan di laman Facebooknya selepas bersiaran langsung menerusi satu program di saluran televisyen tempatan bersama Mufti Wilayah Persekutuan, Ustaz Fauwaz Fadzil.

Jelas Zulkifli, pendirian Kerajaan Madani tegas dan jelas, nilai Islam serta adat ketimuran menjadi asas pentadbiran negara.

“Fahaman dan amalan gejala songsang adalah bercanggah dengan ajaran Islam, Perlembagaan Persekutuan serta nilai moral masyarakat Malaysia.

“Prinsip amar makruf nahi mungkar tidak boleh dikompromi atas nama kebebasan tanpa batas,” katanya.

Pada masa sama, beliau berkata, Islam mengajar kita hikmah, kebijaksanaan dan keadilan dengan menolak kemungkaran tanpa menzalimi, membimbing tanpa menghina. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI