fbpx
Perodua Myvi yang remuk selepas terlibat kemalangan di Jalan Suka Menanti, Alor Setar malam ini.

Wanita maut, rakan parah kereta terbabas dikejar polis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

ALOR SETAR – Seorang wanita berusia lingkungan 30-an maut manakala rakannya parah selepas kereta dinaiki terbabas di Jalan Suka Menanti, di sini hari ini.

Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Syed Basri Syed Ali berkata, kejadian kira-kira pukul 8.20 malam itu berlaku ketika kereta Perodua Myvi tersebut dikejar polis setelah dilihat mencurigakan.

Katanya, kemalangan mengakibatkan seorang daripada mangsa maut di lokasi kejadian, manakala seorang lagi parah.

“Pemeriksaan lanjut menjumpai satu plastik berisi bahan disyaki dadah jenis heroin seberat 210 gram, ” katanya di sini hari ini.

Menurutnya, dua mangsa terbabit masing-masing mempunyai tiga rekod lampau kes dadah dan jenayah serta 12 rekod dadah.

Tambahnya, kes disiasat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN