KUALA LUMPUR – Seorang lelaki warga asing ditahan selepas disyaki memiliki sepucuk senjata api tiruan dalam satu pemeriksaan di Razak City Residence, di sini, semalam.
Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Mohd. Rosdi Daud berkata, tangkapan ke atas suspek yang merupakan warga Bangladesh berusia 30 tahun itu dibuat kira-kira pukul 11.30 pagi.
Menurutnya, hasil pemeriksaan membawa kepada penemuan sepucuk pistol tiruan jenama HK VP9 SK 9mm x 19 bersama satu kelopak peluru.
“Suspek tidak bekerja, motif pemilikan masih dalam siasatan,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata, suspek telah direman selama empat hari sehingga Jumaat ini bagi membantu siasatan lanjut.
“Kes disiasat mengikut Seksyen 36(1) Akta Senjata 1960 dan Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE














