fbpx
ANGGOTA bomba melakukan kerja-kerja memadamkan kebakaran yang berlaku di Kampung Solok Wan Mor, Batu Pahat pagi tadi.

4 rumah, enam kenderaan musnah dijilat api

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

BATU PAHAT- Empat buah rumah, lima buah motosikal dan sebuah kereta musnah dalam kebakaran yang berlaku di Kampung Solok Wan Mor di sini pagi tadi.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Penggaram, Timbalan Penguasa Bomba Norazizan Awang berkata, kejadian dimaklumkan kepada pihaknya pada pukul 8.53 pagi.

Susulan dari itu, 19 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Penggaram serta Batu Pahat diketuai Pegawai Bomba Kanan I Boby Azizul dikejarkan ke lokasi bersama dua buah jentera FRT, EMRS, RIM dan sebuah kenderaan pacuan empat roda.

Jelasnya, sebaik tiba ditempat kebakaran, pihaknya mendapati kejadian melibatkan empat buah rumah separuh kekal serta sebuah rumah jenis kekal, lima buah motosikal dan sebuah kereta.

“Semua yang terlibat dalam kebakaran itu musnah kira-kira 90 peratus kecuali sebuan rumah jenis kekal kekal berkeluasan 45×40 kaki dapat diselamatkan daripada kerosakan teruk.

“Kenderaan yang musnah dalam kebakaran itu adalah sebuah kereta Proton Saga Iswara Aeroback, masing-masing sebuah motosikal jenis Honda EX5, Nitro, Demak, Honda Wave dan Yamaha RG Sport,”katanya dalam kenyataan hari ini.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI