fbpx
GAMBAR fail menunjukkan sebuah tuk-tuk membawa penumpang di Bangkok. – AFP

Salah tempat berasmara, 2 pelancong didenda lebih RM1,200

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

BANGKOK –  Polis di Phuket, Thailand mendenda dua pelancong Perancis sebanyak 5,000 baht (RM600) setiap seorang selepas  klip video mereka melakukan aksi seks di dalam sebuah tuk-tuk tersebar luas di media sosial, lapor laman berita VN Express hari ini.

Klip video yang mula tular  di internet pada 30 Januari lalu itu  menunjukkan mereka melakukan hubungan intim di dalam tuk-tuk semasa dalam perjalanan melalui Bukit Patong.

Rakaman itu  mencetuskan kemarahan awam dan kritikan kerana mencemarkan imej Phuket sebagai pulau peranginan popular, lapor akhbar Thai Khaosod.

Polis segera bertindak selepas menerima gambar dan maklumat daripada penduduk tempatan.

Polis menyoal siasat pemandu tuk-tuk dikenal pasti sebagai Kittisak Phonbamrung  yang berkata,  dia membawa pelancong tersebut ke sebuah hotel di Ratsada, Daerah Mueang, lapor The Phuket Express.

Pada 31 Januari lepas, polis menjejaki dua suspek, Valentine Celine Johanne dan Crouzier Wesley Franck, kedua-duanya warga Perancis  dan menahan  mereka untuk disoal siasat.

Pasangan itu didakwa kerana melakukan perbuatan tidak senonoh di khalayak ramai dengan mendedahkan badan mereka atau terlibat dalam tingkah laku lucah.

Kedua-dua suspek mengaku bersalah. – AGENSI 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI