fbpx
Gambar hiasan.

2 lelaki ditahan buat aksi tidak senonoh dalam kereta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – Perbuatan tidak bermoral dua lelaki terbongkar selepas mereka ditahan ketika berada dalam sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV) jenis X50 di Jalan Taman Intan Baiduri, di sini, Jumaat lalu.

Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Ahmad Sukarno Mohd. Zahari berkata, kejadian disedari sewaktu anggota polis melaksanakan rondaan cegah jenayah di kawasan Zon Sri Murni pada pukul 2 pagi.

Katanya, anggota polis mendapati Proton X50 itu dalam keadaan mencurigakan dan pemeriksaan mendapati dua lelaki tersebut melakukan seks oral selain berkelakuan tidak senonoh di tempat awam.

“Pemeriksaan lanjut turut menemui gumpalan tisu berwarna putih dipercayai mengandungi cecair di lantai penumpang belakang,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Menurut beliau, semakan mendapati suspek berusia 24 dan 29 tahun masing-masing bekerja sebagai jurujual pasar raya dan jurujual telefon tidak memiliki rekod jenayah.

“Suspek berusia 29 tahun mengaku melakukan seks oral semasa berada di dalam SUV tersebut. Mereka ditahan dan dibawa ke Balai Polis Jinjang untuk siasatan lanjut di bawah Seksyen 377A Kanun Keseksaan,” ujarnya.

Ahmad Sukarno berkata, kedua-dua lelaki itu direman selama tiga hari bermula Jumaat lalu bagi membantu siasatan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN