fbpx
Tangkap layar video menunjukkan kuntilanak itu bertenggek di atas pokok sebelum terjatuh. - Instagram

Pontianak jatuh dari pokok   

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

JAKARTA – Seorang lelaki berdepan detik menyeramkan apabila menemui lembaga merah dipercayai pontianak  bertenggek di atas dahan pokok di sebuah tanah perkuburan di Indonesia. 

Rakaman video kejadian dimuat naik di platform Instagram oleh akaun @ghoib.storyy menunjukkan makhluk berambut panjang dan berbaju merah itu sedang duduk di atas pokok pada waktu malam. 

Perakam hanya merakamkan pontianak tersebut dari jarak jauh. 

Dia kemudian ketawa apabila melihat pontianak itu tiba-tiba terjatuh ke tanah. 

Masih belum jelas lokasi sebenar kejadian. 

Rakaman itu mencatatkan lebih 647,000 tontonan dan menimbulkan pelbagai reaksi. 

“Pontianak ini masih belum mahir panjat pokok,” kata seorang netizen. 

“Tolong hubungi ambulans,” kata pengguna media sosial lain. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN