SAUDARA PENGARANG, Program MyKiosk menelan belanja RM150 juta yang dilancarkan pada 2023-2024 untuk membantu peniaga kecil-kecilan merupakan inisiatif yang baik. Bagaimanapun, ada sesetengah tempat saya melihat kiosk merah puteh beserta panel solar yang dibina pada harga RM25,000 sebuah masih tidak ada penghuninya. Di kawasan Jenderam Hilir, Dengkil, Sepang misalnya, daripada 10 buah kiosk yang dibina, hanya dua sahaja yang disewa peniaga pada harga tidak melebihi RM300 sebulan. Pada hemat saya, pegawai Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan perlu pergi ke lokasi-lokasi…














