fbpx
Gambar hiasan.

SPRM panggil beberapa individu bantu siasatan salah guna wang zakat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

GEORGE TOWN – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Pulau Pinang akan memanggil beberapa individu bagi membantu siasatan kes salah guna kuasa membabitkan seorang pegawai kanan kerajaan negeri dalam urusan pembelian tanah menggunakan dana zakat.

Pengarahnya, Datuk Karunanithy Y. Subbiah mengesahkan perkara tersebut ketika ditemui pemberita selepas mengadakan lawatan ke ‘Thaneer Panthal’ sempena Thaipusam di Jalan Air Terjun di sini, hari ini.

Menurutnya, siasatan berhubung kes tersebut masih dijalankan di bawah Seksyen 23 Akta SPRM 2009.

“Kita akan memanggil beberapa individu dalam masa terdekat bagi membantu siasatan,” katanya ringkas.

Terdahulu, Yang Dipertua Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP), Datuk Dr. Mohamad Abdul Hamid memaklumkan yang pihaknya bersama Zakat Pulau Pinang (ZPP) sedia memberi kerjasama kepada SPRM berhubung siasatan kes tersebut.

Jumaat lalu, SPRM Pulau Pinang mengesahkan telah membuka kertas siasatan berhubung salah guna kuasa membabitkan seorang pegawai kanan kerajaan negeri dalam urusan pembelian tanah menggunakan dana zakat.

Kertas siasatan tersebut dibuka susulan pendedahan yang dilakukan seorang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dalam persidangan negeri hujung tahun lalu. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI