KEINDAHAN alam semula jadi dengan hamparan laut biru membuatkan Maya Bay di Krabi, Thailand terus mengekalkan status sebagai destinasi pelancongan laut paling ikonik di peringkat antarabangsa. Terletak di Pulau Phi Phi Leh, pelancong yang berkunjung ke Krabi yang terletak di pinggir Laut Andaman wajib menghabiskan masa di Maya Bay terutama mereka mencari pengalaman berasaskan alam dan laut tropika. Keunikan Maya Bay yang dikelilingi tebing batu kapur tinggi secara tidak langsung membentuk sebuah teluk menjadi destinasi sesuai untuk mencari ketenangan. Struktur……














