PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir yang dijangka berlarutan sehingga pukul 7 malam ini di beberapa negeri.
MetMalaysia menerusi satu kenyataan memaklumkan cuaca buruk itu dijangka melibatkan Perak di Larut, Matang Dan Selama, Kuala Kangsar, Kinta, Kampar dan Batang Padang.
“Turut terlibat, beberapa daerah di Selangor melibatkan Kuala Selangor, Hulu Selangor, Klang, Gombak dan Petaling manakala Pahang di Tanah Tinggi Cameron.
“Sementara itu, amaran ribut petir itu juga turut dijangka bagi Sarawak melibatkan Kuching, Serian (Serian) dan Samarahan (Samarahan dan Asajaya),” katanya.
Menurut MetMalaysia, hujan lebat dan ribut petir turut dijangka berlaku di Sabah melibatkan Pedalaman (Sipitang dan Beaufort) dan Pantai Barat (Papar, Putatan, Penampang, Kota Kinabalu, Tuaran dan Kota Belud).
Tambahnya, cuaca buruk turut diramalkan melanda seluruh Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. – KOSMO! ONLINE














