fbpx
Mohd. Fairusnizam menunjukkan bot pom-pom dinaiki PATI itu di jeti Maritim Selangor, Pelabuhan Utara, Klang. Foto oleh ISKANDAR SHAH MOHAMED

Ambil kesempatan guna bot pom-pom ‘angkut’ PATI

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KLANG – Taktik licik sindiket menukar bot pom-pom pengangkut barang untuk menyeludup 78 migran berjaya dikesan pihak berkuasa kira-kira tiga batu nautika barat daya Sungai Air Tawar, Bagan Nakhoda Omar, dekat sini semalam.

Kesemua pendatang asing tanpa izin (PATI) dari Indonesia dan Bangladesh termasuk 29 wanita itu ditahan pada pukul 3.30 pagi.

Timbalan Pengarah Operasi Maritim Selangor, Komander Maritim Mohd. Fairusnizam Abdul Razak berkata, bot itu dipercayai bertolak dari Jeti Nelayan Batu Bara, Indonesia pada pukul 8 malam kelmarin sebelum dipintas anggota penguatkuasa.

“Seorang individu dipercayai tekong terjun ke dalam untuk meloloskan diri. Seramai 78 PATI ditemui di ruang penyimpanan barangan dalam bot dan mereka gagal mengemukakan dokumen pengenalan diri yang sah.

“Bot pom-pom itu biasanya mengangkut barangan, namun digunakan sindiket untuk menyeludup masuk PATI ke Malaysia,” katanya pada sidang akhbar di Pejabat Maritim Selangor di sini, hari ini.

Menurut beliau, siasatan awal mendapati bot tersebut tidak sempat memindahkan PATI di lokasi transit di kawasan perairan.

Tambahnya, pihaknya percaya kesemua PATI menyusup masuk bagi mencari dan kembali bekerja di negara ini sebelum Ramadan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN