fbpx
Anwar.

Pemulihan tapak warisan sejarah perlu bermanfaat kepada rakyat – PM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri menegaskan pemuliharaan enam blok Bangunan Sultan Abdul Samad, Seri Negara dan Carcosa di Bukit Carcosa harus memberi manfaat untuk seluruh rakyat di negara ini.

Ini kerana kata Datuk Seri Anwar Ibrahim, beliau tidak mahu tapak warisan sejarah tidak terhenti dengan pemuliharan struktur semata-mata.

“Bangunan warisan mesti dihidupkan. Pemuliharaan Bangunan Sultan Abdul Samad ini menjadi antara manifestasi awal yang dapat dilihat dan dirasai oleh rakyat.

“Kita juga harus pastikan rakyat biasa dapat menikmati kemudahan-kemudahan ini,” katanya ketika berucap pada Majlis Penyempurnaan Pemuliharaan Bangunan Sultan Abdul Samad, di sini hari ini.

Majlis tersebut disempurnakan oleh Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim yang berkenan berangkat ke bangunan bersejarah itu.

Anwar berkata, Bangunan Sultan Abdul Samad itu akan menempatkan Galeri Bandaraya Kuala Lumpur, yang menelusuri perjalanan bangunan ini dan ibu kota Kuala Lumpur melalui lima ruang bertema merentasi tiga abad sejarah.

Di samping itu katanya, Galeri Royal Selangor pula akan mempamerkan seni kraf piuter sebagai cerminan legasi ekonomi, kreativiti dan daya usaha masyarakat Kuala Lumpur yang lahir daripada sejarah perlombongan bijih timah.

Mengulas lanjut, beliau mahu kompleks bersejarah itu akan terus menjadi cerminan identiti negara.

“Sebuah negara yang maju dan progresif, namun tidak terputus daripada akar sejarahnya membangun bukan sahaja dengan kekuatan ekonomi, tetapi dengan jiwa, nilai dan kemanusiaan.

“Kita harus memastikan bangunan-bangunan warisan ini terus hidup sebagai ruang yang mendidik, menyatukan dan memberi inspirasi bukan sekadar untuk dikenang, tetapi untuk dimanfaatkan oleh generasi hari ini dan pewaris kita pada masa hadapan,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN