fbpx
Tangkap layar memaparkan seorang lelaki warga Indonesia terharu mendapat nasi lemak selepas solat subuh.

[VIDEO] ‘Terharu, solat subuh pun dapat nasi lemak’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Seorang lelaki warga Indonesia sebak selepas menerima sarapan pagi ketika menunaikan solat subuh di sebuah masjid di Ampang, Selangor, baru-baru ini.

Menerusi perkongsian di TikTok oleh @ceritariki, lelaki tersebut kelihatan sebak menceritakan pengalamannya menunaikan solat subuh dan terharu apabila diberikan nasi lemak sebagai sarapan.

“Masya-Allah, solat subuh di Malaysia pulangnya dapat sarapan pagi. Terharu sangat sebab ini makanan kesukaan saya, nasi lemak,” katanya sambil menahan sebak di dalam video.

Perkongsian tersebut mendapat perhatian ramai pengguna media sosial yang rata-rata turut berkongsi pengalaman mereka.

“Bukan kerana nasi lemaknya tetapi nilai kasih disebalik pemberian itu kalau pada saya lah,” komen Aqil.

“Ada sesetengah tempat budak-budak yang pergi solat subuh disedekahkan duit RM5 seorang. Jadi ramai budak-budak yang seronok bangun pagi untuk pergi solat subuh,” kata Asyikin Aris.

“Betul, di masjid tempat saya pun kadang-kadang ada saja yang sedekah sarapan macam kuih, nasi lemak, bihun goreng dan macam-macam. Semoga yang rajin bersedekah dilimpahi rezeki mencurah-curah. Begitu juga dengan yang menerima,” komen Lily Khalid. – KOSMO! ONLINE

@ceritarikiPukang sholat di kasih sarapan Nasi lemak. oh so sweet sampe hampir mau cry.

♬ original sound – Cerita Riki

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN