fbpx
Tangkap layar video tular tersebut.

[VIDEO] Dipukul sebab ganggu pelajar perempuan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

JOHOR BAHRU – Polis mengesahkan menerima satu video tular di media sosial yang memaparkan seorang pelajar lelaki dipukul menggunakan tangan di hadapan sebuah sekolah di Larkin, di sini.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Raub Selamat berkata, kejadian itu dipercayai berlaku kira-kira pukul 2.30 petang, semalam.

Menurut beliau, susulan penularan video berkenaan, pihak polis telah menerima laporan daripada mangsa, seorang pelajar sekolah warga tempatan berusia 17 tahun pada hari yang sama sekitar pukul 7.13 malam.

“Hasil siasatan awal mendapati mangsa dipukul oleh dua individu lelaki iaitu seorang pelajar sekolah berusia 17 tahun bersama abang kandungnya berumur 20 tahun yang tidak bekerja.

“Kedua-dua suspek merupakan warga tempatan dan kejadian berlaku ketika mangsa berada di kawasan hadapan sekolah berkenaan,”katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Raub berkata, kes tersebut kini disiasat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan kerana dengan sengaja menyebabkan kecederaan.

Dalam perkembangan sama, beliau turut mengesahkan kejadian tersebut mempunyai kaitan dengan satu insiden terdahulu melibatkan seorang pelajar perempuan berusia 13 tahun.

Menurutnya, pelajar perempuan itu didakwa telah diganggu dengan kelucahan melampau oleh mangsa (pelajar dipukul) pada 28 Januari lalu kira-kira pukul 2 petang.

“Pihak polis menerima laporan daripada pelajar perempuan tersebut pada 29 Januari kira-kira pukul 5.43 petang,” katanya.

Sehubungan itu, kes gangguan berkenaan disiasat di bawah Seksyen 509 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga lima tahun atau denda atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

Raub berkata, perintah untuk menyiasat (OTI) akan dipohon bagi meneruskan siasatan terhadap kedua-dua kes tersebut.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN