fbpx
Ketua Pengarah Jabatan Alam Sekitar dan timbalannya tiba di Kompleks Mahkamah Putrajaya bagi permohonan reman berkaitan siasatan isu pengurusan sisa elektronik (e-waste) hari ini. Foto oleh FAIZ ALIF ZUBIR/KOSMO!

Ketua Pengarah, Timbalan KP JAS tiba di mahkamah untuk direman

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PUTRAJAYA- Ketua Pengarah (KP) Jabatan Alam Sekitar (JAS) dan timbalannya tiba di Kompleks Mahkamah Putrajaya di sini hari ini bagi mendapatkan permohonan reman daripada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Kedua-dua mereka yang berpakaian lokap warna jingga diiringi pegawai SPRM dalam keadaan tangan bergari dan tiba kira-kira pukul 9.30 pagi tadi.

Mereka di bawa ke mahkamah bagi mendapatkan perintah reman susulan penahanan mereka oleh SPRM berkaitan siasatan isu pengurusan sisa elektronik (e-waste).

Kosmo! semalam melaporkan, kedua-dua mereka ditahan sekitar pukul 6.30 petang selepas hadir memberi keterangan di Ibu Pejabat SPRM Putrajaya.

Difahamkan, siasatan SPRM kini menumpukan kepada dakwaan salah guna kuasa dan rasuah berkaitan pengurusan e-waste yang dipercayai berlaku dalam tempoh beberapa tahun kebelakangan ini.

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki semalam mengesahkan penahanan kedua-dua suspek berkenaan.

Beliau berkata, kedua-dua mereka disiasat di bawah peruntukan Akta SPRM 2009.

Sebelum ini, SPRM berjaya mengesan aktiviti pengimportan e-waste secara haram susulan risikan mendedahkan antara 2,000 hingga 3,000 kontena e-waste telah diseludup masuk ke negara ini melalui pelabuhan utama.

Malah, risikan terbaharu SPRM mendedahkan, warga asing disyaki menjadi dalang mengimport e-waste, plastik dan kertas secara haram untuk diproses bagi tujuan kitar semula.

Sebelum ini, sebanyak 16 akaun bank dibekukan membabitkan nilai kira-kira RM10.2 juta selain wang tunai bernilai RM87,000 dan barang kes bernilai kira-kira RM220,000 disita. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI