fbpx
Mohamed Fauzi (tengah) ketika hadir di Mahkamah Sesyen hari ini.

Pegawai kanan tentera mengaku tidak salah pecah amanah RM5 juta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – Ketua Staf Markas Angkatan Bersama, Datuk Mohamed Fauzi Kamis didakwa di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan pecah amanah wang RM5 juta milik Tabung Kebajikan Angkatan Tentera (TKAT), tiga tahun lalu.

Bagaimanapun Mohamed Fauzi, 56, mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan terhadapnya di hadapan Hakim Suzana Hussin.

“Faham dengan pertuduhan, saya tidak mengaku bersalah dan minta dibicarakan,” kata Mohamed Fauzi.

Mengikut pertuduhan, Mohamed Fauzi didakwa
sebagai Asisten Ketua Staf Perkhidmatan Anggota (AKSPA) merangkap Pengerusi Jawatankuasa Pelaburan TKAT dan yang telah diamanahkan wang sejumlah RM5 juta milik TKAT di dalam akaun sebuah bank telah melakukan pecah amanah ke atas harta tersebut.

Ia di mana tertuduh dengan secara tidak jujur telah menyalahgunakan harta itu dengan membuat pelaburan tambahan di dalam sebuah syarikat tanpa mendapat kelulusan Jawatankuasa Pelaburan TKAT.

Kesalahan itu didakwa dilakukan di Kementerian Pertahanan Malaysia, Jalan PadangTembak, Kementah di sini pada 27 November 2023 yang didakwa mengikut Seksyen 409 Kanun Keseksaan.

Hukuman bagi seksyen itu memperuntukkan pemenjaraan tidak kurang dua tahun dan tidak daripada 20 tahun dan dengan sebatan dan boleh juga dikenakan denda jika sabit kesalahan.

Berikutan pengakuan tidak bersalah itu,
Timbalan Pendakwa Raya Law Chin How menawarkan jaminan RM300,000 dengan satu penjamin berserta syarat tambahan pasport diserahkan kepada mahkamah.

Bagaimanapun peguam Datuk Ahmad Zaharil Muhaiyar memohon jaminan itu dikurangkan kepada RM70,000 atas alasan anak guam mempunyai tanggungan keluarga termasuk tiga anak.

Selepas mendengar permohonan kedua-dua belah pihak, Hakim Suzana kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin RM100,000 dengan seorang penjamin dan pasport diserahkan kepada mahkamah sehingga kes selesai.

Mahkamah kemudian 16 Mac ini bagi sebutan semula kes.

Untuk info, Pegawai kanan ATM berpangkat Mejar Jeneral itu aktif dalam operasi strategik termasuk menyempurnakan pelepasan pasukan bantuan kemanusiaan Hospital Medan Malaysia ke Myanmar pada April tahun lalu.

Beliau yang dilantik sebagai Panglima 1 Divisyen Infantri, Tentera Darat Malaysia (TDM) pada Disember 2023, pernah terlibat dalam kedua-dua aspek operasi taktikal dan pengurusan anggota ATM. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN