fbpx
ANTARA pekerja warga Myanmar, termasuk dua remaja yang bekerja di sebuah restoran di Pusat Niaga Nakhoda, Melaka dipercayai menjadi sindiket pemerdagangan manusia.

27 pekerja asing dipaksa kerja 12 jam sehari tanpa cuti

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

MELAKA – Seramai 27 pekerja warga asing termasuk dua remaja disyaki menjadi mangsa sindiket pemerdagangan manusia selepas dipaksa bekerja 12 jam sehari tanpa cuti di sebuah restoran, selain dikurung selepas tamat waktu operasi premis.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Christopher Patit berkata, hasil risikan, kesemua 25 pekerja asing itu ditahan dalam serbuan Op Pintas Khas di sebuah premis di Pusat Niaga Nakhoda, Limbongan kira-kira pukul 12 tengah hari, semalam.

Katanya, dua lagi remaja berusia 17 tahun diselamatkan mengikut Seksyen 44, Akta Pemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran (ATIPSOM) 2007 setelah penilaian dibuat berdasarkan National Guideline on Human Trafficking Indicator (NGHTI 2.0).

“Hasil pemeriksaan ke atas premis telah membawa kepada penemuan 15 lelaki dan 10 wanita warga Myanmar berusia antara 23 hingga 47 tahun serta dua remaja berusia 17 tahun.

“Mereka ini disyaki menjadi mangsa sindiket pemerdagangan manusia dan penggajian pekerja asing tanpa dokumen sah,”katanya kepada pemberita, hari ini.

Jelasnya, serbuan telah dibuat oleh pasukan Cawangan D7, Bahagian Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Melaka Tengah dengan kerjasama Cawangan D7 Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Kontinjen Melaka.

Mengulas lanjut Christopher memberitahu, seorang lelaki dan wanita tempatan masing-masing berusia 20 dan 24 tahun yang dipercayai pengurus premis turut ditahan.

Katanya, hasil siasatan awal mendapati premis itu beroperasi sebagai restoran di bahagian bawah, manakala tingkat atas dijadikan tempat tinggal pekerja dengan enam bilik disediakan.

“Kesemua mereka bekerja tanpa cuti dari pukul 11 pagi sehingga 11 malam dan laluan keluar masuk premis dikunci selepas waktu operasi. Kunci itu dipegang pihak pengurusan, sekali gus mengehadkan kebebasan pergerakan pekerja.

“Keadaan itu menimbulkan syak wasangka kuat berlakunya eksploitasi dan pengurungan, selaras dengan elemen kesalahan pemerdagangan manusia,” katanya.

Katanya lagi, kesemua yang ditahan telah ditempatkan di lokap polis dan disiasat mengikut Seksyen 14, Akta ATIPSOM 2007 dan Seksyen 6(1)(C) Akta Imigresen 1959/63. Dua remaja yang diselamatkan akan dibawa ke Mahkamah Ayer Keroh bagi mendapatkan perintah perlindungan interim (IPO).

Habis.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI