fbpx
FAM mungkin hanya boleh melaksanakan Kongres Pemilihan selepas tiga bulan bagi membolehkan AFC melakukan penilaian dan menyiapkan laporan.

FAM kena tunggu tiga bulan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KONGRES pemilihan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) perlu tunggu selepas tiga bulan sebelum ia boleh dilaksanakan.

Perkara itu ditegaskan oleh Setiausaha Agung Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC), Datuk Seri Windsor Paul John selepas semua Ahli Jawatankuasa Eksekutif (Exco) badan induk bola sepak negara itu meletak jawatan kelmarin.

Menurut Windsor, pemilihan pucuk pimpinan baharu hanya akan dibuat selepas proses penambahbaikan keseluruhan pentadbiran FAM selesai dilaksanakan sepenuhnya dengan bantuan penilaian daripada pihak AFC.

Windsor berkata, wakil AFC yang diketuai Timbalan Setiausaha Agungnya, Vahid Kardany dijangka memerlukan April depan untuk melakukan proses penilaian terhadap pentadbiran FAM.

“Kita sudah memberitahu kepada FAM yang kami perlukan lebih kurang tiga bulan untuk menyediakan laporan. Tiga bulan penilaian, sebab kami kena datang ke sini dan menilai semua yang berada dalam pentadbiran FAM.

“Selepas itu, laporan akan dibentangkan dan kita akan lihat dalam laporan itu jika ada yang perlu dibawa kepada kongres, perubahan yang perlu dibuat dalam pentadbiran atau ada yang hanya Setiausaha Agung (FAM) sendiri berhubung dengan staf, contohnya,” katanya.

Mengulas lanjut, selepas semua proses termasuk penilaian dan perubahan dapat dilakukan, FAM akan boleh membuat kongres pemilihan bagi memilih barisan kepemimpinan yang baharu.

“Proses pemilihan tetap akan dihormati, itu bukan isu. Namun, sebelum pemilihan kita mahu melakukan semakan organisasi kerana jika mengadakan pemilihan semata-mata disebabkan ahli meletak jawatan, ia tidak bantu FAM menyelesaikan masalah.

“Sebelum pemilihan diadakan, kita juga mahu membentangkan kepada kongres mengenai perkara yang perlu dilakukan untuk menjadikan FAM lebih baik. Ia mungkin perubahan dalam struktur FAM yang mana mungkin juga perubahan kepada statut supaya selari dengan FIFA dan AFC.

“FAM sebuah organisasi yang sangat kukuh, tetapi kami mahu melihat di mana jurang, kelemahan dan kami mahu memperbaiki kelemahan itu dengan perubahan baharu serta struktur dan pembaharuan yang lebih baik. Itu sahaja yang kami cuba lakukan,” katanya.

Sebagai rekod, semua 16 Exco FAM yang baru dilantik pada kongres pemilihan tahun lalu hanya menyandang jawatan kurang daripada 12 bulan selepas meletakkan jawatan secara kolektif demi pulihkan reputasi bola sepak negara.

Situasi ini sekali gus menyaksikan pentadbiran badan induk itu diuruskan secara interim oleh Setiausaha Agung, Datuk Noor Azman Rahman sehingga pemilihan baharu selesai.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN