fbpx
Gambar hiasan.

Peraturan larang warga asing beli minyak masak peket bersubsidi berkuat kuasa 1 Mac

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – Peraturan larangan pembelian minyak masak peket bersubsidi oleh warga asing akan dikuatkuasakan bermula 1 Mac ini.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), Datuk Armizan Mohd. Ali berkata, KPDN terlebih dahulu akan mewartakan peraturan itu.

“KPDN akan mewartakan peraturan ini melalui peruntukan Peraturan-Peraturan Kawalan Bekalan yang akan digubal di bawah punca kuasa Seksyen 6, Akta Kawalan Bekalan 1961.

“Kita sedang berbincang dengan Jabatan Peguam Negara dan kita akan menguatkuasakan larangan melalui kuat kuasa undang-undang itu pada 1 Mac 2026,” katanya semasa menjawab soalan tambahan Abdul Latiff Abdul Rahman (PN-Kuala Krai) pada sidang Dewan Rakyat di sini hari ini.

Dalam pada itu, Armizan berkata, KPDN tidak menetapkan kuota pembelian minyak masak peket bersubsidi oleh warganegara dalam konteks isi rumah.

Menurut beliau, pengiraan kuota tersebut adalah bersandarkan kepada penggunaan 1.5 kilogram perkapita dan ia adalah kota penetapan had maksimum untuk setiap transaksi.

“Kalau ada isi rumah memerlukan lebih, kita tidak hadkan oleh anak, isteri, bapanya untuk membeli. Kita tidak pada peringkat ini menetapkan kuota berdasarkan isi rumah. Jadi tidak ada isu berbangkit jika ada keperluan tambahan,” katanya.

Menjawab soalan asal Abdul Latiff, beliau berkata, Sistem Skim Penstabilan Harga Minyak Masak (eCOSS) merekodkan transaksi penjualan dan pembelian secara digital di keseluruhan rantaian pengagihan hingga kepada pengguna akhir.

Menurut beliau, aplikasi eCOSS juga membolehkan pelaksanaan larangan pembelian minyak masak paket bersubsidi oleh warga asing melalui kuat kuasa undang-undang.

“Sebelum ini terdapat banyak gesaan untuk melarang pembelian oleh warga asing, namun pihak peruncit membangkitkan aspek praktikal iaitu mekanisme pelaksanaan larangan termasuk kaedah pemantauan dan penguatkuasaan.

“Dengan adanya sistem yang hanya membenarkan warganegara membuat pembelian yang diintegrasikan dengan butiran kad pengenalan, ia akan membolehkan peruncit dan penguatkuasa melaksanakan larangan dengan berkesan,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN