fbpx
Gambar hiasan

Rakan Niaga Sara perlu jual tujuh barangan makanan keperluan asas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – Dewan Rakyat hari ini dimaklumkan, kerajaan telah menambah baik kriteria dan syarat untuk premis perniagaan menjadi Rakan Niaga Sumbangan Asas Rahmah (Sara).

Timbalan Menteri Kewangan, Liew Chin Tong berkata, antara kriteria dan syarat yang ditambah baik adalah peniaga mengendalikan kedai runcit.

“Kedua, menjual sekurang-kurangnya tujuh barangan makanan keperluan asas (seperti beras, susu, tepung, minyak masak, barangan dalam tin) daripada 14 kategori yang ditetapkan (sebelum ini 70 peratus, sekarang 50 peratus)

“Ketiga, mempunyai pendaftaran Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) yang sah. Keempat, mempunyai Lesen Perniagaan Premis yang sah. Kelima, mempunyai Nombor Pengenalan Cukai (TIN) dan keenam, mengguna pakai sistem Point of Sale (POS),” katanya ketika menjawab soalan Oscar Ling Chai Yew (PH-Sibu) pada sidang Dewan Rakyat di sini hari ini.

Terdahulu, Chin Tong berkata, banyak permohonan diterima untuk menjadi Rakan Niaga Sara dan setiap permohonan akan diproses mengikut prosedur yang ditetapkan.

Kata beliau, kerajaan akan cuba sedaya upaya mempercepatkan setiap permohonan yang diterima selari dengan sasaran dua minggu tempoh kelulusan setelah dokumen lengkap diterima.

“Jumlah Rakan Niaga Sara sehingga 26 Januari 2026 telah meningkat kepada 10,447 buah kedai di seluruh negara berbanding 700 buah kedai pada 2024.

“Bilangan ini akan terus bertambah dari masa ke semasa. Ini termasuk pasar raya, kedai runcit, kedai koperasi dan pasar mini yang terletak di kawasan bandar, luar bandar dan juga pedalaman,” katanya.

Sementara itu, katanya, peningkatan peruntukan untuk Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dan Sara dari tahun ke tahun adalah bukti komitmen kerajaan dalam memperkukuh jaringan keselamatan sosial.

“Pada tahun 2026, sebanyak RM15 bilion disediakan kerajaan untuk program STR dan Sara berbanding hanya RM8 bilion ringgit pada tahun 2022,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN