fbpx
Gambar hiasan

Fasiliti sukan sedia ada patuhi piawaian dunia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – Kementerian Belia dan Sukan (KBS) tidak mempunyai perancangan khusus untuk membina stadium olahraga bertaraf antarabangsa baharu buat masa ini.

Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Mordi Bimol berkata, ia memandangkan fasiliti sukan sedia ada seperti Stadium Nasional Bukit Jalil telah mematuhi piawaian ‘World Athletics Standards’.

“Penganjur acara sukan olahraga termasuk badan sukan boleh mempertimbangkan pemilihan lokasi acara sukan sedia ada bagi penganjuran kejohanan atau pertandingan serta latihan.
“Fasiliti dan kemudahan sedia ada boleh digunakan secara optimum, ekonomi dan berkesan,” katanya semasa menjawab soalan Datuk Seri Dr. Shahidan Kasim (PN-Arau) berhubung pembinaan fasiliti sukan moden pada sidang Dewan Rakyat di sini hari ini.

Dalam pada itu, Mordi berkata, KBS mengambil maklum dan menghargai cadangan berhubung pembinaan universiti khusus sukan pula, namun perkara itu di bawah bidang kuasa Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT).

Menurut beliau, pada masa ini, institusi pendidikan tinggi (IPT) di Malaysia mempunyai bidang tujahan yang pelbagai termasuk bidang berkaitan sukan yang ditawarkan secara berperingkat mengikut keperluan.

Kata beliau, berdasarkan statistik semasa, sebanyak enam institusi pengajian tinggi awam (IPTA) dan lima institusi pengajian tinggi swasta (IPTS) di seluruh negara menawarkan kursus berkaitan bidang sukan.

“Statistik terkini mencatatkan enrolmen dalam kalangan warganegara bagi peringkat sarjana muda dalam bidang sukan seramai 4,016 pelajar di IPTA dan 710 orang pelajar di IPTS,” katanya.

Selain itu, katanya, KBS turut menawarkan bidang Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) berasaskan sukan menerusi Institut Kemahiran Sukan Negara (IKSN) di Kuala Langat.

Jelas beliau, IKSN menawarkan latihan kemahiran khusus dalam bidang sukan seperti permotoran, penyelenggaraan fasiliti, terapi dan kedi golf.

“Suka untuk saya berkongsi juga TVET berasaskan sukan semakin mendapat tempat dalam industri dengan kadar kebolehpasaran graduan menghampiri 90 peratus bagi tahun 2024,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN