![]() |
BEIJING, 27 Januari 2026 /PRNewswire/ — Lee Kum Kee Sauce ("Lee Kum Kee"), iaitu peneraju bertaraf global bagi sos dan perasa mengumumkan satu perkongsian bersama Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO) serta mengadakan sebuah majlis pelancaran di Beijing sempena kolaborasi sulungnya, "Forever Flavors Project" ("Projek Rasa Selamanya"). Inisiatif ini akan mengumpulkan kisah-kisah berkaitan makanan dari seluruh dunia bagi mencipta arkib kenangan rasa. Dengan menggunakan rasa sebagai jambatan, projek ini bermatlamat untuk memupuk dialog silang budaya dan hubungan emosi sekali gus menggalakkan pemeliharaan dan pewarisan tradisi masakan secara berterusan.
Daniel Shih, Ketua Pegawai Hal Ehwal Korporat dan Penasihat Undang-Undang Lee Kum Kee Group; Simon Cao, Naib Presiden – Pembangunan dan Komunikasi Jenama Global, Pemasaran Global Lee Kum Kee Sauce; Profesor Shahbaz Khan, Pengarah dan Wakil Pejabat Serantau UNESCO untuk Asia Timur; wakil-wakil daripada Suruhanjaya Kebangsaan China untuk UNESCO; Jabatan Pertukaran dan Kerjasama Antarabangsa Kementerian Kebudayaan dan Pelancongan China; Bahagian Warisan Budaya Tidak Ketara Biro Kebudayaan dan Pelancongan Perbandaran Beijing; wakil-wakil daripada Pusat Kategori 2 UNESCO; wakil-wakil dari bandar-bandar gastronomi China dalam Rangkaian Bandar Kreatif UNESCO; wakil-wakil daripada persatuan industri, serta pengamal media dan pempengaruh dalam talian mengambil bahagian dalam majlis pelancaran "Forever Flavors Project" ini yang menyaksikan permulaan rasmi kolaborasi antara kedua-dua pihak.
Pelawaan Global untuk Kenangan Rasa
Kolaborasi antara Lee Kum Kee dan UNESCO merangkumkan empat keutamaan: memelihara warisan budaya kulinari, memupuk bakat kulinari muda, membina platform untuk dialog silang budaya dan menggalakkan penyertaan orang ramai. Matlamat keseluruhan usaha ini adalah untuk melindungi dan berkongsi kenangan makanan kolektif yang melangkaui zaman dan geografi.
Antaranya, inisiatif andalan – "Forever Flavors Project" – akan menerima penyerahan mulai 20 Januari. Melalui akaun RedNote (Xiaohongshu) rasmi: 忘不了的味道•档案计划, Instagram rasmi Lee Kum Kee, laman web rasmi UNESCO, akaun rasmi WeChat dan platform media sosial yang lain, kempen ini akan mengundang pengguna di seluruh dunia untuk berkongsi kisah rasa daripada mereka sendiri, keluarga atau komuniti mereka melalui teks, video dan foto. Hantaran hendaklah menyertakan tanda pagar ""#忘不了的味道" atau #Forever Flavors Project dan dimuat naik ke laman web projek yang ditetapkan: foreverflavorsproject.lkk.com.
Kisah-kisah terpilih akan berpeluang untuk dipaparkan pada platform rasmi UNESCO dan Lee Kum Kee; penyumbang kandungan akan menerima sijil digital yang mengandungi nombor arkib unik di bawah "Forever Flavors Project" oleh UNESCO dan Lee Kum Kee. Projek ini juga akan melibatkan jurumasak profesional dan juga penggemar masakan rumah bagi memastikan rasa yang sarat kenangan ini terus malar segar dan berkesinambungan.
Memanfaatkan Makanan sebagai Jambatan untuk Memupuk Persefahaman Silang Budaya
Bertempat majlis perasmian ini, Profesor Shahbaz Khan, Pengarah dan Wakil Pejabat Serantau UNESCO untuk Asia Timur, mengulas, "Makanan merupakan warisan hidup yang membawa kenangan, identiti dan emosi. Ia berperanan sebagai penghubung utama antara generasi-generasi dan amat penting untuk mempromosikan identiti budaya serta pembangunan yang lestari. UNESCO amat berbesar hati dapat bekerjasama dengan Lee Kum Kee, sebuah syarikat yang sejarahnya benar-benar berkait rapat dengan kemahiran kulinari dan tradisi masakan harian merentas generasi. Kolaborasi ini memperlihatkan sejauh mana perkongsian awam-swasta dapat menyumbang secara bermakna kepada perlindungan budaya apabila berlandaskan nilai-nilai bersama, rasa hormat terhadap warisan dan komitmen dalam tempoh jangka panjang."
Daniel Shih, Ketua Pegawai Hal Ehwal Korporat dan Penasihat Undang-Undang Lee Kum Kee Group menyatakan, "Sejak tahun 1888, Lee Kum Kee menjadi bahan utama dapur, meja makan dan kehidupan keluarga seharian. Daripada satu sudu sos tiram hingga menjadi makanan ruji kegemaran di rumah-rumah seluruh dunia, kami bukan sahaja mengekalkan rasa yang konsisten tetapi juga erti kemesraan dan penenteraman – bagi memelihara ‘kenangan rasa’. Komitmen bersama terhadap nilai-nilai ini menjurus kepada kolaborasi yang bermakna antara Lee Kum Kee dan UNESCO. Kami ingin mengucapkan terima kasih yang tulus ikhlas kepada UNESCO kerana memupuk jambatan pertukaran budaya ini bersama kami."
Acara ini turut menampilkan empat penceramah jemputan yang berkongsi kisah peribadi berkenaan makanan dan kenangan, termasuk Vicky Cheng, Eksekutif Chef dan pemilik WING, salah satu daripada The World’s 50 Best Restaurants; Yang Guang, seorang pemblog makanan; Xiao Yang (Young), seorang penulis budaya dan kemanusiaan; dan Sun Guoliang, wakil pewaris kemahiran memasak masakan Shaoxing, warisan budaya bukan material Wilayah Zhejiang. Naratif mereka mencakupi resipi keluarga berbilang generasi, rasa yang menghilangkan kerinduan terhadap kampung halaman dan peranan makanan dalam identiti budaya serta penyembuhan diri yang menggambarkan idea teras projek ini bahawa rasa menunjangi emosi.
Komitmen Jangka Panjang kepada Kenangan, Warisan dan Hubungan
Makanan merupakan lensa pertama yang melaluinya manusia dapat memahami dunia dan merupakan salah satu cara paling langsung dan tulus untuk membina jalinan persahabatan dan memperdalam persefahaman. Selama 138 tahun, Lee Kum Kee percaya akan ikatan antara rasa dan hubungan insan, berdedikasi untuk mencipta pengalaman masak-memasak Asia yang luar biasa buat orang ramai di serata dunia. Melalui kerjasamanya bersama UNESCO, Lee Kum Kee berhasrat untuk memanfaatkan rasa sebagai bahasa yang dikongsi bersama demi memupuk dialog silang budaya yang boleh dikaitkan dengan kehidupan seharian.
"Forever Flavors Project" kini dilancarkan secara rasmi. Kami dengan seikhlas hati menjemput orang ramai dari seluruh dunia untuk berkongsi kisah unik mereka dan menyumbang kepada pembinaan arkib kenangan rasa.
Latar Belakang Lee Kum Kee Group
Lee Kum Kee diasaskan oleh Keluarga Lee Kum Kee pada tahun 1888. Hari ini, Keluarga ini sudahpun mencapai generasi keenam. Visinya adalah "untuk menjadi perusahaan paling dipercayai demi dunia yang lebih sihat dan lebih bahagia melebihi 1,000 tahun lamanya!"
Lee Kum Kee Group bermula dengan perniagaan sos dan kemudiannya berkembang ke dalam industri Perubatan Tradisional Cina ("TCM"). Dengan menceburi bidang pengurusan dan jualan ladang TCM, Kumpulan ini memantapkan lagi kedudukan utamanya dalam industri ini. Sungguhpun demikian, Lee Kum Kee Group tidak pernah berpuas hati dengan kejayaannya. Kami giat mempelbagaikan portfolio kami bagi merangkumkan pelaburan harta tanah dan modal teroka, selain perundingan budaya korporat dan gerakan untuk bersama-sama mewujudkan dunia yang lebih bahagia. Ketika ini, Kumpulan ini mempunyai seramai lebih 9,000 pekerja di seluruh dunia. Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi www.leekumkeegroup.com.
Latar Belakang Lee Kum Kee Sauce
Lee Kum Kee Sauce merupakan gerbang global kepada budaya masak-memasak Asia yang berdedikasi untuk mempromosikan budaya masak-memasak Cina ke seluruh dunia. Sejak tahun 1888, ia menyatukan orang ramai melalui perjumpaan yang menggembirakan, berkongsi tradisi dan hidangan yang tidak dapat dilupakan. Digemari oleh pengguna dan juga Chef, rangkaian Sos Lee Kum Kee yang terdiri daripada lebih 300 sos dan perasa mencetuskan kreativiti di dapur yang berada di mana-mana sahaja, selain memberi inspirasi kepada jurumasak profesional dan tukang masak di rumah untuk bereksperimen, mencipta dan bergembira. Beribu pejabat di Hong Kong, China dan memenuhi keperluan di lebih 100 negara dan wilayah, warisan Lee Kum Kee Sauce yang kaya, komitmen yang teguh terhadap kualiti, amalan lestari dan "Keusahawanan Berterusan" bergabung untuk mewujudkan pengalaman unggul melalui masakan Asia untuk orang ramai di seluruh dunia. Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi www.LKK.com.
Latar Belakang Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO)
UNESCO ditubuhkan pada tahun 1945 sebagai nama singkatan untuk Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu. Sebagai agensi khusus Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, ia berdedikasi untuk memperkukuh ikatan bersama antara semua insan melalui penggalakan pendidikan, sains, budaya dan juga komunikasi.
Melalui kolaborasi bersama kerajaan-kerajaan di seluruh dunia, UNESCO membangunkan piawaian antarabangsa dan instrumen perundangan, menyediakan alatan dan meningkatkan ilmu pengetahuan bagi menangani beberapa cabaran yang paling mendesak pada zaman kita, seterusnya menyumbang kepada pembinaan dunia yang lebih saksama dan damai.
Usaha yang dilaksanakan oleh UNESCO bersama 194 Negara Anggota melibatkan usaha melindungi biodiversiti, menangani kecerdasan buatan, meningkatkan pendidikan yang berkualiti, melindungi warisan serta memastikan capaian kepada maklumat yang andal. Untuk buitran lanjut, sila kunjungi: https://www.unesco.org/en.
Sumber artikel: http://www.prnasia.com/asia-story/archive/4867937_MS67937_6




















