fbpx
KENAIKAN harga emas yang melonjak lebih RM600 segram mendorong orang ramai mengambil keputusan menjual untuk kelangsungan hidup dan kelengkapan raya. - GAMBAR HIASAN

Korek emas dalam ‘peti besi’ buat modal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

Harga emas pecah rekod lagi. Terkini, harga bahan logam itu mencatat sejarah apabila melonjak naik kepada RM651.50 bagi satu gram.

Menariknya kata pakar, harga emas di Malaysia boleh melonjak kepada RM700 segram berikutan pengukuhan ringgit dan dollar AS yang semakin melemah.

Bayangkan anda mempunyai 40 gram emas dan menjualnya, nilai ringgit yang diperolehi adalah lima angka.

Wow, indah betul bagi yang mempunyai banyak emas dan tahniah kepada mereka yang mula menyimpan sejak dahulu lagi.

Kenaikan harga logam ini direkod sejak tahun lalu. Ketika itu kedai emas, kedai pajak menjadi tumpuan pengumpul emas. Penulis pasti, situasi sama juga berlaku ketika ini.

Di saat harga naik, ada tiga faktor yang boleh dilihat. Satu, pengumpul emas mahu menunggu sehingga nilai emas naik melebihi RM700 segram seperti jangkaan.

Malah, ada juga yang sedang berkira-kira untuk menjual perhiasan atau gold bar masing-masing bagi meraih lebih keuntungan atau demi kelangsungan hidup.

Lebih-lebih lagi apabila Hari Raya Raya Aidilfitri sekitar dua bulan lagi, orang kata ‘just around the conner’.

Ketiga, terdapat juga pihak yang menjual emas ketika harga tinggi kerana takut nilai akan susut seterusnya menyebabkan sedikit rugi. Namun perlu diingat emas aset paling stabil. Boleh tepuk dada fikir keperluan diri dan keluarga.

Secara amnya, jika dilihat dari sudut kewangan harga yang naik bukan isyarat untuk pemilik menjualnya sebaliknya tanda bahawa simpanan anda bernilai tinggi.

Jika mahu simpanan nilai jangka panjang teruskan menyimpan elok-elok namun sekiranya terdapat keperluan mendesak antaranya kecemasan atau kelangsungan hidup kerana perniagaan, anda boleh memilih untuk menjual.

Bukan semua tetapi cukup untuk tujuan tersebut. Paling penting tidak mengikut emosi. Emas seringkali dijadikan cagaran untuk mencukupkan sesuatu.

Ketika pembukaan sesi persekolahan awal tahun, ada dalam kalangan ibu bapa yang menjual atau memajak emas bagi mencukupkan keperluan anak.
Malah akhbar ini pernah melaporkan ibu bapa memilih menggunakan emas untuk membuat persiapan raya.

Bukan sesuatu yang baharu apabila menjual emas demi mengembirakan hati sendiri dan keluarga, namun kebiasaan itu perlu difikir dua tiga kali.

Tidak salah menjual kerana ia hak anda. Tidak salah menjual jika terdesak dan tidak juga salah jika mahu menyimpan kerana itu untuk masa depan.

Yang salah jika perbelanjaan melebihi kemampuan. Jangan salah tujuan atau terlebih berbelanja. Beringatlah dalam kita menjual belum tentu dapat memiliki semula.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN