fbpx
Cerut yang dirampas dipercayai untuk dijual di pasaran tempatan bagi kegunaan warga asing. Foto SADDAM YUSOFF/ KOSMO!

Cerut, arak RM5.7 juta gagal masuk negara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KLANG – Cubaan menyeludup pelbagai barangan termasuk enam tan cerut bernilai RM5.7 juta termasuk cukai untuk kegunaan warga asing di negara ini gagal selepas dikesan pihak berkuasa di dua buah pelabuhan di sini, baru-baru ini.

Dalam rampasan antara 18 Disember hingga 29 Disember itu turut menyita minuman keras dan beras daripada tiga buah kontena kesemuanya.

Pengarah Kastam Selangor, Mohamad Azhar Ahmad Paharazi berkata, siasatan awal mendapati kesemua barangan itu berasal dari sebuah negara Asia dan kontena-kontena berkenaan tiba di Pelabuhan Utara dan Barat pada 12 Oktober dan 18 November lalu.

“Secara pecahannya, sejumlah 37,128 liter minuman keras itu diperoleh daripada dua buah kontena dengan mengemukakan deskripsi yang salah atau tidak tepat seterusnya dilakukan pengimportan tanpa permit.

“Minuman keras bernilai 1.39 juta termasuk cukai itu, dipercayai untuk kegunaan pada musim perayaan Tahun Baharu Cina,” katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Beliau menambah, sejumlah 6,250 kilogram (kg) cerut dan 3,900 kg beras yang bernilai keseluruhan RM4.35 juta juga didapati tidak mempunyai permit import sah.

Ujarnya, ia diikrarkan tidak benar sebagai kasut.

“Cerut itu dipercayai akan dijual kepada warga asing di negara ini. Kesemua kes ini disiasat mengikut Seksyen 135 (1) (a) Akta Kastam 1967,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN