fbpx
KESEMUA tujuh pemain warisan negara ‘dibebaskan’ selepas CAS menangguhkan hukuman penggantungan 12 bulan yang dikenakan oleh FIFA sebelum ini.

Tangguh hukuman bukan bererti bebas mutlak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PEMBEBASAN ‘seketika’ tujuh pemain warisan Harimau Malaya tidak bermakna ia menjadi bayangan kejayaan awal rayuan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) kepada Mahkamah Timbang Tara Sukan (CAS).

Sebaliknya keputusan itu adalah perkara yang dibenarkan mengikut peruntukan, tetapi semua pemain terbabit belum boleh dianggap tidak bersalah sehingga ada keputusan akhir dibuat oleh CAS berhubung rayuan berkenaan.

Peguam sukan dan komersial, Nik Erman Nik Roseli berkata, penangguhan hukuman ini tidak ada tempoh tertentu dan keputusan ini selaras dengan kod R37 CAS.

“Bagi mendapat perintah ini, perlu ada tiga elemen. Elemen terbabit adalah ‘kemudaratan yang tidak boleh dipulihkan kepada pemain’ kerana pemain akan hilang peluang bermain selama 12 bulan sekiranya rayuan itu berjaya.

“Selain itu, elemen ‘peluang munasabah untuk berjaya’ di mana pemain perlu tunjuk peluang untuk berjaya dalam rayuan, tetapi panel belum meneliti rayuan lagi, cuma prima facie dan ada peluang berjaya dalam rayuan.

“Pemain juga perlu menunjukkan kepentingan mereka melebihi kepentingan FIFA. Perintah ini biasa dibenarkan asalkan elemen dipenuhi, namun jika kemudiannya rayuan CAS didapati gagal, pemain akan meneruskan hukuman mereka.

“(Penangguhan) ini berkuatkuasa sehingga keputusan rayuan CAS. Jika lama lagi keputusan, maka lagi lama mereka bebas bermain untuk negara dan kelab. Namun, ini tidak bermakna rayuan akan berjaya atau pemain-pemain tidak bersalah dan peluang rayuan tinggi,” katanya.

Sebelum itu, FAM menerusi satu kenyataan, kelmarin mengesahkan CAS membenarkan permohonan Penangguhan Pelaksanaan (stay of execution) yang dikemukakan oleh tujuh pemain berkenaan iaitu Facundo Garces, Rodrigo Holgado, Imanol Machuca, Joao Figueiredo, Gabriel Palmero, Jon Irazabal dan Hector Hevel.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI