fbpx
Sultan Ibrahim bersama Putin di Muzium Hermitage, Saint Petersburg, hari ini. - FB Sultan Ibrahim Sultan Iskandar

Presiden Putin sambut Sultan Ibrahim di Muzium Ikonik Hermitage

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim disambut mesra oleh Presiden Russia, Vladimir Putin, di Muzium Hermitage, Saint Petersburg hari ini.

Keberangkatan tiba Seri Paduka Baginda ke muzium berprestij dunia itu mencerminkan penghormatan tinggi kerajaan Persekutuan Rusia terhadap hubungan persahabatan yang terjalin antara kedua-dua pemimpin negara.

Muzium Hermitage yang ditubuhkan pada tahun 1755 merupakan antara muzium seni dan kebudayaan terbesar serta tertua di dunia, dengan menempatkan lebih tiga juta koleksi karya seni dan artifak bersejarah.

Seri Paduka Baginda turut berkenan meluangkan masa dengan diiringi Putin bagi meninjau sebahagian koleksi bersejarah serta karya seni bertaraf dunia yang dipamerkan di muzium berkenaan.

Lawatan khas julung kali Seri Paduka Baginda ke Saint Petersburg itu adalah atas jemputan khas Presiden Putin, sekali gus melambangkan peranan penting Institusi Diraja Malaysia sebagai pemacu utama diplomasi negara.

Pada Ogos tahun lalu, Sultan Ibrahim berkenan berangkat ke Moscow bagi mengadakan Lawatan Negara dan melakar sejarah sebagai Ketua Negara Malaysia pertama mengadakan lawatan negara ke Rusia sejak hubungan diplomatik kedua-dua negara terjalin pada tahun 1967.

Seri Paduka Baginda juga berkenan berangkat mengadakan lawatan ke Kazan, Republik Tatarstan pada tahun yang sama. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI