fbpx
Anwar di Dewan Rakyat hari ini. Foto JABATAN PENERANGAN

Anwar arah teliti semula kos utiliti ditanggung pelabur

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengarahkan pihak terlibat meneliti semula kos yang perlu ditanggung pelabur susulan maklum balas mengenai kos tinggi dalam projek utiliti, termasuk pembinaan substation.

Beliau berkata, strategi kerajaan mestilah meningkatkan tahap kecekapan serta mengurangkan kos perniagaan dan kos perkhidmatan.

“Terima kasih (Ahli Parlimen) Petaling Jaya kerana memberikan maklumat itu dan tentunya strategi kita mestilah meningkatkan tahap kecekapan dan mengurangkan kos perniagaan serta kos perkhidmatan.

“Setelah mendengar pandangan, saya akan mengarahkan supaya diteliti semula kos yang dianggap munasabah,” katanya pada sidang Dewan Rakyat di sini hari ini.

Beliau menjawab soalan tambahan Lee Chean Chung (PH-Petaling Jaya) berhubung dakwaan pelabur berhadapan kos tinggi dan kekangan birokrasi daripada pihak utiliti.

Menurut Chean Chung, terdapat projek yang dikenakan caj beratus juta ringgit bagi pembinaan substation dan pihak utiliti mengenakan sumbangan sebanyak satu peratus berdasarkan nilai pelaburan.

Ia bermakna bagi projek bernilai RM2 bilion, sebanyak RM20 juta perlu diserahkan kepada syarikat utiliti terlibat.

Dalam pada itu, Anwar berkata, walaupun dari sudut perdagangan peningkatan eksport sangat memberangsangkan dan tidak menjejaskan dari sudut penambahan kos, kerajaan perlu mengambil sikap terbuka sekiranya terdapat kos perkhidmatan tertentu yang membebankan pelabur.

Justeru, katanya, perkara melibatkan kos perkhidmatan oleh pihak utiliti akan diberikan perhatian khas oleh kementerian berkaitan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI