fbpx
RUHAYA dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Johor Bahru hari ini atas pertuduhan pecah amanah menggunakan duit kelab kebajikan rekreasi, tiga tahun lalu. Foto RAJA JAAFAR ALI/ KOSMO!

Pegawai imigresen didakwa pecah amanah duit kelab rekreasi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

JOHOR BAHRU – Seorang penolong penguasa imigresen gred KP29 dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tuduhan pecah amanah dengan menggunakan duit Kelab Kebajikan Rekreasi Inovasi dan Sukan (KKRIS) berjumlah RM61,300.

Tertuduh, Ruhaya Hamzah, 39, bagaimanapun mengaku tidak bersalah sejurus pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Datuk Ahmad Kamal Arifin Ismail.

Ibu tunggal anak satu itu yang memegang jawatan sebagai Bendahari KKRIS, Jabatan Imigresen Malaysia Kompleks Sultan Abu Bakar, Tanjung Kupang, Iskandar Puteri dengan curang menggunakan duit kelab untuk kegunaan peribadi daripada akaun KKRIS berjumlah RM61,300.

Perbuatan itu dilakukan di sebuah bank di Jalan Kenanga 29/3, Genting Indraputra, Kulai antara 26 Januari dan 15 November 2023.

Bagi kesalahan itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 403 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga lima tahun dan sebatan serta denda.

Pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, Chan Lee Lee, manakala tertuduh diwakili peguam Mohd Fazaly Ali Ghazali.

Mahkamah membenarkan wanita itu diikat jamin RM10,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 11 Mac ini untuk sebutan semula kes. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN