fbpx
GAMBAR fail 18 Januari 2024 menunjukkan Mackenzie dibawa ke sebuah mahkamah di Mombassa, Kenya. – AFP

Ketua ajaran sesat didakwa lagi, polis jumpa 52 mayat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

NAIROBI – Pemimpin sebuah kultus Kenya yang dituduh meminta pengikutnya berlapar sehingga mati akan didakwa berhubung 52 lagi kematian di sebuah kampung lain, kata pendakwa raya seperti laporan Badan Penyiaran British (BBC) semalam.

Pemimpin yang melantik dirinya sebagai paderi, Paul Mackenzie ditangkap pada tahun 2023 selepas 429 mayat  termasuk sebilangan kanak-kanak, ditemukan di dalam beberapa kubur besar di hutan terpencil Shakahola.

Dia yang kini ditahan, dituduh menghasut mangsa terbaru ke arah kematian mereka dengan menulis nota dari sel penjara.

Mackenzie bagaimanapun mengaku tidak bersalah berhubung  pertuduhan tersebut.

Pejabat Pengarah Pendakwaan Awam berkata dalam satu kenyataan di laman X semalam bahawa pihaknya mendapat kebenaran untuk  mendakwa Paul Nthenge Mackenzie yang merupakan pemimpin kultus Gereja Berita Baik Antarabangsa dan konco-konconya berhubung kematian 52 orang di Kampung Binzaro, Daerah Kilifi.

“Mackenzie disyaki secara munasabah merancang  insiden tersebut melalui ajaran radikal yang terkoordinasi untuk mengumpan mangsa ke kampung terpencil,”  kata pendakwa raya.

Tahun lepas, polis menemui kira-kira 34 mayat dan lebih 100 anggota badan di Binzaro, kira-kira 30 kilometer dari Hutan Shakahola. Penemuan itu membawa kepada pertuduhan terbaru terhadap  Mackenzie.

Perkembangan itu berlaku  dua minggu selepas seorang konco Mackenzie yang juga bekas ketua keselamatan di Shakahola, Enos Amanya Ngala  mengaku bersalah atas pertuduhan berkaitan kematian 191 kanak-kanak yang ditemui di kubur besar asal.

Mackenzie mengasaskan gereja berkenaan pada tahun 2003 tetapi berkata, dia  menutupnya pada tahun 2019. – AGENSI 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI