HAMPIR 15 tahun selepas tragedi nuklear Fukushima Daiichi yang menggemparkan dunia, Jepun sekali lagi mencatatkan detik penting dalam landskap tenaga global. Ia susulan pembukaan semula operasi loji kuasa nuklear terbesar dunia, Kashiwazaki-Kariwa yang terletak di wilayah Niigata. Langkah ini bukan sahaja mencerminkan perubahan hala tuju dasar tenaga negara tersebut, malah menandakan kebangkitan semula keyakinan terhadap teknologi nuklear moden yang telah melalui penambahbaikan keselamatan secara menyeluruh sejak bencana nuklear akibat gempa bumi Tohuku 2011 itu. Dalam konteks global yang berdepan krisis……














