PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) mengeluarkan amaran cuaca buruk di Sarawak dan Sabah sehingga pukul 4 petang ini.
MetMalaysia dalam satu hantaran berkata, ribut petir dilaporkan melanda Kuching, Samarahan, Mukah dan Bintulu di Sarawak.
“Bagi Sabah, hujan lebat berterusan melanda Sandakan (Telupid, Kinabatangan, Beluran dan Sandakan) dan Kudat (Pitas),” katanya.
Orang ramai boleh mendapatkan maklumat cuaca terkini melalui laman web rasmi Jabatan, aplikasi myCuaca dan media sosial rasmi bagi maklumat terkini dan sahih. –KOSMO! ONLINE














