DUBAI, UAE, SYDNEY dan NEW DELHI, 26 Januari 2026 /PRNewswire/ — Visi berani seorang peguam hiburan dan seni kreatif terhadap platform lelongan seni dalam talian yang revolusioner, Lloyds Auctions dilancarkan pada 1 Januari 2026 dan sudahpun memperoleh lebih $1 bilion dalam penyenaraian seni komited, termasuk lebih daripada 3000 karya dalam beberapa minggu pertamanya, lantas memantapkan kedudukannya sebagai salah satu platform teknologi seni yang berkembang paling pantas dalam sejarah.

Mr. Cassin examines the sculptural depth of F.N. Souza’s impasto of a vibrant cityscape, where every line and heavy stroke affirms the artist’s status as India’s Picasso.
Giuseppe Cassin menghabiskan masa selama lebih sedekad mencapai persetujuan dalam urus niaga bernilai berjuta-juta dolar untuk pembikin filem, seniman, pengarah dan pengumpul. Kecewa dengan sistem dunia seni yang ketinggalan zaman dan lama – fi yang tinggi, jualan berdasarkan jemputan sahaja dan isu integriti yang berulang-ulang – beliau membangunkan idea yang mengubah keadaan: platform mengutamakan ciri digital yang memenuhi keperluan seni disahkan sebagaimana yang dilakukan oleh Uber untuk teksi.
Ia menghubungkan penjual secara langsung dengan audiens global dengan pengesahan yang ketat, kurasi peringkat tertinggi, fi yang telus dan pembidaan pada masa nyata yang terbuka untuk sesiapa sahaja dan di mana-mana sahaja. "Kami memberikan capaian global yang sama kepada setiap seniman, pengumpul dan penjual yang hanya dinikmati oleh segelintir sahaja sebelum ini," kata Giuseppe Cassin, Pengasas: Lloyds Creative Arts.
Cassin mengemukakan konsep ini kepada pelabur dan mendapat sokongan padu daripada syarikat pelelong dalam talian yang terkemuka Lloyds Auctions. Platform ini dilancarkan secara rasmi pada 1 Januari 2026, dengan lelongan dalam talian khusus pertamanya berlangsung pada pertengahan bulan Januari, dengan menampilkan koleksi karya 30 Pelukis Asia Tenggara yang menjadi tumpuan termasuk karya-karya daripada para pelukis seperti MF Husain, FN Souza, Manjit Bawa dan Vasudeo S. Gaitonde dengan anggaran dalam puluhan juta. Sambutan diterima dengan pantas dan mantap: penjual dan pengumpul membanjiri platform ini.
Hanya dalam beberapa minggu pertama perdagangannya, platform ini berjaya memperoleh penyenaraian seni komited bernilai lebih $1 bilion yang mencakupi pelukis bereputasi tinggi hinggalah bakat baru muncul. "Misi kami adalah untuk menjadikan karya seni dapat diakses oleh semua orang dengan cara yang selamat dan tidak menakutkan," sambung En. Cassin. "Dengan setiap karya disahkan dengan teliti dan dibuktikan ketulenannya secara bebas – termasuk oleh pakar pilihan pembeli – pembida dan pembeli membida dengan tahap keyakinan yang lebih tinggi, terutamanya ke atas kategori-kategori karya seni pelukis dan seni bernilai amat tinggi yang lain. Pada masa yang sama, seniman baru muncul turut mendapat pendedahan global yang pantas dan maklum balas pada masa nyata daripada pelanggan mengenai apa yang disukai daripada karya mereka."
Peningkatan pesat platform ini menarik minat yang tinggi daripada pelabur dan juga orang dalam industri, yang kini melihat status unikorn (penilaian $1 bilion+) sebagai pencapaian realistik yang seterusnya. Sekiranya ia mencapai tahap berkenaan, ia akan tersenarai sebagai antara peningkatan terpantas sejak Canva.
Platform ini terus menerima seniman dan pengumpul baharu setiap hari, dengan lelongan baharu dilancarkan secara berkala.
Terokai platform ini dan lihat lelongan semasa melalui lloydsauctions.com/art
Latar Belakang:
Platform yang dilancarkan pada 1 Januari 2026, mendapat pelaburan besar daripada syarikat pelelong dalam talian terkemuka Lloyds Auctions, platform ini juga merupakan pasaran global yang mengutamakan ciri digital untuk seni halus yang menggabungkan kurasi pakar, pengesahan bertulis bebas yang ketat dan antara muka intuitif bagi menjadikan pembelian dan penjualan seni sebagai pengalaman yang lancar, telus dan boleh diakses oleh semua orang.
V. S. Gaitonde’s rare abstract masterpiece invites a state of profound meditation, where layered surfaces and silent tonal shifts transcend visual art to become an experience of pure inner stillness.
F.N. Souza’s architectural cityscape channels raw, brooding intensity through sharp angles and visceral textures, transforming a medieval-inspired vista into a powerful psychological landscape.
M.F. Husain, Horses (2006), Acrylic on Canvas, 97 x 60 in; a monumental composition of bold, angular forms and striking colors capturing the raw power of horses charging beyond the frame.
Manjit Bawa’s 1998 masterpiece from his Krishna series, captures a meditative harmony through its iconic ochre backdrop and sculptural simplicity.
Sumber artikel: http://www.prnasia.com/asia-story/archive/4870310_MS70310_6














