fbpx
KURA-kura ditemukan dalam coli di pusat pemeriksaan lapangan terbang AS. - Foto TSA

Kura-kura dalam bra

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

WASHINGTON – Kura-kura dalam coli muncul antara barang pelik yang dirampas di pusat pemeriksaan keselamatan lapangan terbang Amerika Syarikat (AS) tahun lalu, demikian menurut agensi  berita United Press International (UPI) kelmarin.

Pentadbiran Keselamatan Penumpang (TSA) mengeluarkan senarai 10 barangan paling aneh  itu dengan tempat pertama ialah objek seperti replika bom paip yang ditemukan di Lapangan Terbang Boise, Idaho, pada Mei 2025.

“Seorang pakar bahan letupan TSA telah dipanggil, menilai imej tersebut dan melakukan pemeriksaan beg sebelum menemui paip PVC dengan blok kayu berbalut kertas serta dilabel ‘C4’ ,” kata TSA.

Kura-kura pula ditemukan di dalam seluar seorang penumpang dan lebih banyak lagi haiwan itu yang disembunyikan di dalam coli penumpang lain di Lapangan Terbang Antarabangsa Newark Liberty dan Lapangan Terbang Antarabangsa Miami.

Antara barangan lain termasuk bilah pisau cukur yang disorokkan dalam pakaian di Lapangan Terbang Antarabangsa Denver; dadah di dalam kasut di Lapangan Terbang Antarabangsa Kona, Hawaii dan sebilah pisau di dalam pendakap lutut di Lapangan Terbang Antarabangsa Quad Cities, Illinois.

Turut ditemukan ialah sejumlah pil yang disorokkan dalam botol syampu di Lapangan Terbang Antarabangsa Ted Stevens Anchorage; sebilah pisau dan peluru di dalam botol Nesquik di Lapangan Terbang Antarabangsa Miami. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN