fbpx
Antara haiwan yang mempunyai dua jantina.

5 haiwan boleh berubah jantina

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SECARA lumrahnya, sesuatu makhluk hidup itu dilahirkan dengan satu jantina, sama ada jantan atau betina. Biasanya, tidak akan berlaku pertukaran jantina secara biologi dan akan kekal seumur hidup.

Namun berbeza dengan alam haiwan, ada sesetengah spesies boleh bertukar jantina mengikut keadaan sekeliling seperti perubahan suhu dan proses semula jadi.

Penemuan tersebut telah mencetuskan fenomena alam yang luar biasa.

Sehubungan itu, pada minggu ini CitaRasa kongsikan lima haiwan yang boleh berubah dan memainkan dua peranan jantina sama ada jantan atau betina seperti dilaporkan oleh Treehugger.

Naga berjanggut

NAGA berjanggut (bearded dragons) boleh melakukan pembalikan jantina sejak dalam telur. Kajian menunjukkan apabila suhu panas berlaku semasa pengeraman telur, naga berjanggut jantan boleh bertukar menjadi betina. Namun, haiwan ini bukan berubah sepenuhnya kerana secara genetik masih kekal sebagai jantan tetapi bertindak dan membiak seperti betina.
Menariknya, naga berjanggut jantan yang berubah menjadi be­tina mampu bertelur dua kali lebih ba­nyak daripada betina biasa.
Kini, pembalikan jantina naga berjanggut semakin meningkat, mungkin disebabkan oleh peningkatan suhu global.

 

Ular kepala tembaga

SESETENGAH ular betina seperti ular kepala tembaga mampu bertelur walaupun tidak melakukan hubungan seksual dengan ular jantan. Ini bermaksud, ular betina mensenyawakan telurnya sendiri tanpa pasangan berlainan jantina.
Walaupun secara teknikal bukan pembalikan, namun ia adalah ke­upayaan untuk menjalankan fungsi pembiakan kedua-dua jantina secara sekali gus dan bukan sebagai hermafrodit.
Dengan parthenogenesis fakultatif, sel khas yang dipanggil badan kutub yang dihasilkan dengan telur kadangkala bertindak seperti sperma untuk menyuburkannya.

Katak

SELAMA bertahun-tahun, para penyelidik telah memerhatikan katak secara spontan menukar jantina di makmal. Kini, mereka telah melakukan kajian yang sama di alam liar. Penyelidik menjumpai perubahan jantina, lengkap dengan organ pembiakan yang berfungsi sepenuhnya. Perkara itu agak biasa dalam populasi katak hijau.
Penyelidikan terdahulu menunjukkan bahawa pembalikan jantina pada katak mungkin berkaitan dengan pencemaran yang berpunca daripada manusia. Hasil penyelidikan masa kini, saintis yang sama menemui bahawa perubahan itu mungkin kejadian semula jadi dalam alam amfibia.

Ikan humphead wrasse

BERMULA pada usia kira-kira sembilan tahun, ikan humphead wrasse mampu berubah daripada betina kepada jantan. Selain pertukaran jantina, warna ikan humphead wrasse akan berubah daripada jingga kemerahan (betina) kepada biru kehijauan (jantan). Walaupun humphead wrasse boleh hidup selama 30 tahun tetapi ikan ini terancam akibat aktiviti penangkapan berlebihan, perdagangan eksport dan ancaman terhadap habitat terumbu karang.

Rama-rama

AKHIR sekali, sesetengah rama-rama lycaeides mempamerkan keadaan dwi yang jarang berlaku atau dipanggil ginandromorfisme. Ini boleh menyebabkan sifat jantan dan betina disusun semula.
Gynandromorphism ditemui dalam krustasea, serangga, burung dan rama-rama.
Fenomena unik itu berlaku pada kira-kira satu daripada 10,000 rama-rama.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN