fbpx
83 mayat ditemui di bawah Gereja St Peters di Wales. - Daily Star

Terkejut jumpa 83 jasad tertanam bawah rumah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

LONDON – Sepasang suami isteri di Britain terkejut apabila menemukan 83 jasad di bawah sebuah gereja lama ketika melakukan pengubahsuaian untuk membina rumah impian mereka, lapor akhbar Daily Star. 

Lucy Thomas, 53, dan suaminya, Rhys, 45, membeli Gereja St Peters berusia 900 tahun pada harga £405,000 (RM2.2 juta) dalam satu acara lelongan. 

Gereja yang dibina pada tahun 1142 itu terletak di Peterstone Wentlooge, Wales. 

Pasangan itu telah dimaklumkan bahawa hartanah tersebut berkemungkinan mempunyai antara lima hingga enam jasad yang ditanam di bawah lantai. 

Amaran tersebut diberikan kerana secara tradisinya, individu yang berpengaruh atau kaya sering dikebumikan di bawah gereja. 

“Ahli arkeologi memberitahu bahawa kami akan menemukan kira-kira lima atau enam jasad. Selepas mereka mula menggali, ternyata jumlahnya jauh lebih banyak daripada apa yang kami bayangkan. 

“Pada awalnya kami berasa tidak selesa. Kebanyakan jasad itu adalah suami dan isteri, ibu bapa dan anak-anak. Kami memutuskan untuk membiarkan jasad tersebut dan meneruskan pembinaan,” kata Lucy. 

Gereja terbiar itu kini dilengkapi enam bilik tidur, enam bilik mandi, bar, meja snuker, piano dan tab mandi yang besar. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN