fbpx
Ahmad Zahid bergambar bersama tokoh-tokoh PAPTI pada Majlis Makan Malam Perdana PAPTI di Dewan Merdeka WTCKL. Foto oleh SYAKIR RADIN/KOSMO!

Penangguhan pembentangan RUU URA ambil kira 14 syor – Ahmad Zahid

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – Keputusan Jemaah Menteri untuk menarik balik pembentangan Rang Undang-Undang Pembaharuan Semula Bandar (RUU URA) dibuat dengan mengambil kira 14 syor dan cadangan penambahbaikan oleh Jawatankuasa Khas UMNO.

Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, ia juga mengambil kira pandangan dan cadangan pelbagai pihak sebelum dibentangkan semula di sidang Parlimen akan datang.

“Penangguhan itu dibuat kerana bil atau akta yang ada perlu mengambil kira 14 saranan di Konvensyen Pembaharuan Semula Bandar anjuran UMNO Wilayah (tahun lalu).

“Ia disertai oleh banyak NGO dan ahli-ahli profesional serta individu yang mahu memperkukuhkan RUU URA sebelum ianya dibentangkan semula di Parlimen dalam sidang akan datang,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas berucap di Majlis Makan Malam Perdana Sempena Ulang Tahun Ke-50 Persatuan Alumni Pendidikan Tinggi Indonesia (PAPTI) di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL), malam ini.

Terdahulu Kosmo! melaporkan, UMNO menyambut baik keputusan Jemaah Menteri untuk menarik balik pembentangan RUU URA.

Ini kerana kata Setiausaha Agungnya, Datuk Asyraf Wajdi Dusuki, RUU tersebut hanya boleh dibentangkan semula di Parlimen dalam bentuk baharu setelah semua cadangan penambahbaikan diambil kira.

Mengulas lanjut, Asyraf berkata, jawatankuasa tersebut telah melakukan beberapa siri libat urus termasuk Konvensyen Pembaharuan Semula Bandar pada 3 Oktober tahun lalu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI