fbpx
SANAE TAKAICHI menghadiri mesyuarat Kabinet di pejabat Perdana Menteri di Tokyo hari ini. – AFP

Banzai! Sanae Takaichi bubar Parlimen Jepun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

TOKYO – Perdana Menteri Jepun, Sanae Takaichi membubarkan Parlimen hari ini bagi memberi laluan kepada pilihan raya mengejut pada 8 Februari depan, bersandarkan keputusan tinjauan pendapat yang memihak kepada kabinet beliau.

Perdana menteri wanita pertama negara itu mengumumkan niatnya Isnin lepas, bertujuan mendapatkan sokongan rakyat untuk langkah-langkah melindungi isi rumah daripada peningkatan kos sara hidup dan meningkatkan perbelanjaan pertahanan.

Speaker Parlimen hari ini secara rasmi membubarkan dewan rendah ketika barisan wakil rakyat melaungkan seruan tradisional, ‘banzai’.

Gabungan parti pemerintah terdiri daripada Parti Liberal Demokratik (LDP) pimpinan Takaichi dan Parti Inovasi Jepun (JIP) mempunyai majoriti tipis di dewan rendah yang berpengaruh itu.

Namun, Takaichi berharap sokongan meluas kepada kabinet beliau akan membantunya mendapat mandat yang lebih kuat walaupun LDP sendiri sedang bergelut dengan rating rendah rentetan pelbagai skandal.

Kerajaannya mendapat sekitar 90 peratus sokongan dalam kalangan rakyat berumur di bawah 30 tahun, demikian menurut keputusan kaji selidik  pada akhir Disember 2025 oleh akhbar konservatif,  Sankei Shimbun dan Fuji Television.

“Tidak jelas sama ada sokongan awam yang tinggi untuk kabinet Takaichi sebenarnya akan membawa kepada sokongan kepada LDP,” kata, Profesor politiki Universiti Tsukuba, Hidehiro Yamamoto kepada AFP. – AFP 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN