fbpx
Tangkap layar memaparkan hantaran yang dimuat naik oleh Poay Tiong di laman Facebook.

Ahli Parlimen Kota Melaka jawab kenyataan tauke Mydin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Ahli Parlimen Kota Melaka, Khoo Poay Tiong hari ini membalas kenyataan Pengarah Urusan Mydin berhubung isu bantuan Sumbangan Asas Rahmah (Sara) dengan menegaskan bahawa niatnya bukan menyerang mana-mana syarikat, sebaliknya mahu manfaat inisiatif itu dinikmati semua termasuk peniaga kecil.

Dalam hantaran di Facebook rasmi, Poay Tiong berkata, ketika perbahasan di Dewan Rakyat, beliau menyebut beberapa syarikat besar seperti Mydin dan 99 Speedmart sebagai contoh, namun mesej utama adalah supaya skim Sara diperluas bagi memberi peluang kepada lebih ramai peniaga kecil dan usahawan mikro.

“Dan ya, saya memang sebut syarikat besar. Bukan sebab dengki atau tidak suka orang buat untung. Jika syarikat besar tidak untung, ekonomi kita pun ada masalah,” katanya.

Beliau menambah, penglibatan lebih ramai peniaga dalam Sara akan merancakkan pasaran, memacu peredaran wang, dan akhirnya menyihatkan ekonomi rakyat secara keseluruhan.

Menurut Poay Tiong, tujuan beliau menyebut syarikat besar bukan untuk menimbulkan kontroversi, sebaliknya untuk menunjukkan bahawa ekosistem Sara boleh melibatkan semua pihak demi kepentingan bersama.

“Biar kedai runcit kecil, peniaga kejiranan dan usahawan mikro turut dapat masuk dalam ekosistem ini. Bila lebih ramai terlibat, pasaran hidup, ekonomi rakyat pun jadi lebih sihat. Menang sama-sama,” katanya.

Poay Tiong berkata, kenyataan tersebut bukan bersifat serangan peribadi terhadap mana-mana pihak, sebaliknya usaha untuk menjelaskan niat sebenar di sebalik cadangan Sara yang inklusif.

Sebelum ini, Datuk Dr. Ameer Ali Mydin dalam hantaran di media sosial menyifatkan kenyataan Poay Tiong sebagai sangkaan jahat terhadap beliau, sedangkan Mydin sentiasa konsisten menekankan kepentingan kerajaan membantu peniaga kecil.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN