fbpx
LIMA figura, Sweet Qismina, Amelia, Puteri Balqis dan Aedy tumbuh dewasa menjadi pelakon berkaliber hasil pengalaman dan ilmu diraih yanh hasil pendedahan dalam dunia lakonan sejak zaman kanak-kanak.

Hero heroin kesayangan dahulunya pelakon kanak-kanak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

DAHULU dikenali sebagai pelakon kanak-kanak yang sering menghiasi layar kaca dan layar perak. Seiring waktu berjalan, segelintir pelakon kanak-kanak tempatan berjaya meneruskan karier dengan penuh dedikasi dan konsisten. Mereka membesar bersama dunia seni yang membentuk jati diri.

Namun, perjalanan itu tidak sentiasa mudah. Ada antara mereka yang terperangkap dalam pergolakan emosi apabila terus ditawarkan watak kanak-kanak meski usia semakin mendewasa.

Wajah yang kekal polos dan tidak banyak berubah menjadi satu kelebihan yang disukai penonton, namun pada masa sama memberi tekanan kepada empunya diri yang berharap diberi lebih peluang untuk mencuba watak selari usia.

Begitupun, ada yang cemerlang mencipta nama dan ditawarkan pelbagai watak menerusi naskhah-naskhah hebat yang meraih pujian menggunung pelbagai pihak.

Gala minggu ini menampilkan lima figura yang memulakan langkah dalam dunia lakonan sejak kecil dan masih setia meneruskan kerjaya sama.

SYAFIE NASWIP

POTENSI bakat Syafie Naswip menyerlah menerusi filem pertamanya Muhsin. Menerusi karya araha Yasmin Ahmad itu, Syafie atau nama lengkapnya Muhammad Syafie Naswip memenangi anugerah Pelakon Kanak-Kanak Terbaik di Festival Filem Malaysia (FFM) ke-20.
Lakonan paling diingati tentu sahaja filem Talentime dan Songlap sehingga melayakkannya meraih dua anugerah Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik, masing-masing di FFM ke-22 dan FFM ke-25.

Dia juga mencatat sejarah sebagai aktor termuda membawa pulang trofi di FFM dan Anugerah Skrin ke-11 bagi kategori Pelakon Lelaki Terbaik bagi watak Ilham dalam drama Ilham Suci pada usia 16 tahun.

Menginjak usia 34 tahun, Syafie bukan sekadar pelakon yang membesar bersama penonton, bahkan menjadi figura besar yang terus mengejar cabaran baharu dalam dunia seni. Sejak bergelar pelakon, dia membintangi puluhan drama dan filem termasuk Nur Kasih The Movie, Juvana, Polis Evo 2, Keliwon, Tanah Kubur dan Budak Tebing 2.

PUTERI BALQIS

PUTERI balqis menceburi dunia lakonan seawal usia dua tahun menerusi drama Gemilang sebelum menggalas watak utama dalam Bicara Hati.
Biarpun masih kecil ketika itu, bakat luar biasanya terserlah apabila memenangi Anugerah Bintang Harapan Pantene di Anugerah Skrin ke-16.
Pada Januari 2014, Balqis melakonkan watak menggunakan namanya dalam telefilem Puteri Balqis arahan Erma Fatima yang meraih pujian ramai dan dinobatkan sebagai Pelakon Wanita Terbaik Drama di Anugerah Skrin ke-18 sekali gus menundukkan beberapa nama besar industri.
Kejayaan tersebut diteruskan di peringkat antarabangsa apabila Balqis memenangi trofi Pelakon Wanita Terbaik di Anugerah Televisyen Asia 2014 di Singapura, mengatasi finalis terkenal termasuk aktres Hollywood, Joan Chen.
Selepas itu, Balqis menerima tawaran daripada HBO Asia untuk membintangi musim pertama siri fantasi Halfworlds.

AEDY ASHRAF

BERBEZA dengan kebanyakan pelakon cilik lain, Aedy Ashraf memulakan kariernya dengan memegang watak utama.
Pada usia 10 tahun, Aedy atau nama penuhnya Mohammad Addy Ashraf Rosmadi membintangi filem Jutawan Fakir (2003).

Namanya semakin dikenali menerusi filem Tentang Bulan (2005) memegang watak Mawi, bergandingan dengan Fatin Afeefa, Erin Malek dan Nik Adruce.

Kini pada usia 33 tahun, Aedy terus aktif membintangi pelbagai drama dan filem, antaranya Projek: Anchor SPM, Budak Tebing, Kahar: Kapla High Council dan Klepet. Aedy mewarisi bakat ibunya yang merupakan pelakon era 1990-an, Liza Zain.

SWEET QISMINA

AKTIF dalam dunia seni sekitar tahun 2004, pelakon Sweet Qismina memulakan kerjaya lakonan menerusi drama Udin Dan Noni.
Sweet atau nama sebenarnya Farhanna Qismina Supandi juga melebarkan sayap ke layar perak menerusi filem Geran Homestay pada 2007.

Namanya mula meraih perhatian menerusi drama Hikayat Putera Shazlan bergandingan dengan Fimie Don. Sejak itu, Sweet yang kini berusia 29 tahun terus aktif membintangi pelbagai drama dan filem.

Kematangan lakonannya membuahkan hasil apabila berjaya meraih dua anugerah berprestij iaitu Pelakon Wanita Terbaik Festival Filem Malaysia ke-34 (FFM34) dan Pelakon Pembantu Wanita Terbaik Anugerah Festival Filem Antarabangsa ASEAN (AIFFA) 2025 menerusi filem Babah.

AMELIA HENDERSON

SEBELUM menceburi dunia lakonan, Amelia Henderson pernah mencuri perhatian sebagai wajah penghias kulit majalah Bintang Kecil.
Antara drama lakonannya termasuk Keluarga Pontimau pada 2015, Jangan Benci Cintaku (2018), Cinta Non Grata (2019), Cik Ayu Mee Sanggul (2021) dan I.D. (2024).

Di layar perak, Amelia terlibat dalam filem Talentime (2009), J2: J Retribusi (2021), Pulau (2023), Harimau Malaya: The Untold Journey (2024) dan Blood Brothers: Bara Naga (2025).

Dia juga pernah menjayakan teater muzikal The King and I serta Peter Pan di Istana Budaya pada 2007.
Kelebihannya yang fasih berbahasa Inggeris membuka peluang meneroka pasaran antarabangsa, termasuk menjadi pelakon suara untuk filem animasi Barbie in a Christmas Carol. Kini, Amelia turut mengembangkan sayap sebagai pengacara audio siar Studio Sembang yang disiarkan di YouTube.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN