fbpx
ANITA (depan) dan Sultan dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Johor Bahru hari ini atas kesalahan membuang sisa pepejal di tempat awam, 1 Januari lalu. Foto BAZLAN IBRAHIM/KOSMO!

Wanita Indonesia didenda RM500 buang puntung rokok, botol

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

JOHOR BAHRU – Seorang wanita Indonesia didenda RM500 dan diarah menjalani perintah khidmat masyarakat selama enam jam selepas mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan membuang sisa pepejal di tempat awam, awal tahun ini.

Hakim Nor Aziati Jaafar membuat keputusan itu selepas orang kena saman (OKS), Anita Lukman, 49, mengaku salah selepas pertuduhan dibacakan jurubahasa mahkamah.

Mahkamah turut memerintahkan OKS menjalani hukuman penjara selama 15 hari jika gagal membayar dendan dan sekiranya gagal menjalani perintah khidmat masyarakat dalam tempoh enam bulan, boleh dikenakan denda antara RM2,000 hingga RM10,000.

Berdasarkan kertas pertuduhan, dia didakwa membuang puntung rokok dan botol minuman di tempat awam dan bukan di dalam tong sampah pada pukul 12.41 pagi pada 1 Januari lalu di Jalan Ibrahim Sultan, Stulang Laut di sini.

Atas kesalahan itu, dia didakwa mengikut Subseksyen 77A(1) Akta Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam 2007 (Akta 672) dan boleh dihukum dibawah Subseksyen 77A(2) dan sebagai tambahan boleh dikenakan perintah khidmat masyarakat bawah Subseksyen 77B akta sama.

Semasa prosiding, OKS yang tidak diwakili peguam meminta mahkamah memberi hukuman ringan kerana merupakan seorang ibu tunggal dan memiliki tanggungan dua anak yang masih bersekolah di negara asalnya dengan masing-masing berusia 15 dan 8 tahun.

“Saya minta maaf, saya mengaku bersalah dan tidak akan mengulanginya lagi. Saya mohon hukuman ringan kerana saya datang ke sini beberapa kali sebulan bagi membantu rakan melakukan kerja-kerja pembersihan,” ujarnya.

Sementara itu, di dalam mahkamah sama, seorang lelaki warga Bangladesh yang merupakan seorang pekerja kilang turut dihadapkan ke Mahkamah Sesyen didakwa bawah akta sama.

Bagaimanapun, pertuduhan terhadap tertuduh berusia 28 tahun itu ditangguhkan sehingga 28 Januari depan bagi mendapatkan khidmat jurubahasa Bangladesh.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI