fbpx
Gambar hiasan

Pengasas, pemilik taska dirakam keterangan kes kanak-kanak autistik dikurung

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SHAH ALAM – Polis telah merakam keterangan daripada pengasas dan pemilik cawangan taska di Seksyen 3 di sini, yang didakwa mengurung kanak-kanak lelaki autistik berusia 11 tahun.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Ramsay Embol berkata, sebanyak 17 tambahan laporan polis telah diterima menjadikan keseluruhan 20 laporan setakat ini.

“Ada panggil dan telah rakam keterangan pengasas dan pemilik cawangan taska itu. Selain itu, terdapat 17 laporan baharu. Namun tiada tangkapan setakat ini,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Beliau menjelaskan, pihaknya masih menjalankan siasatan lanjut dan semakan lesen serta sijil taska tersebut termasuk sama ada premis itu menyediakan perkhidmatan asuhan khas untuk kanak-kanak autistik.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 31(1) Akta Kanak-Kanak 2001,” jelasnya.

Kosmo! sebelum ini melaporkan seorang kanak-kanak autistik berusia 11 tahun yang didakwa dikurung di sebuah taska swasta di daerah ini dihantar ke premis berkenaan sejak enam tahun lalu.

Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat Selangor, Azmir Kassim menyatakan telah selesai menyita dua daripada tiga cawangan taska yang tular berkaitan pengabaian dan penderaan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI