fbpx
Mohd. Shuhaily ketika sidang akhbar di Pelabuhan Barat, Klang. FOTO SADDAM YUSOFF

AKPS siasat daging anak babi ‘terlarang’ masuk Malaysia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KLANG – Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (AKPS) kini sedang menyiasat sumber sebenar bekalan suckling pig atau anak babi yang dipercayai diimport dari 14 negara yang dilarang pengimportannya.

Ketua Pengarah AKPS, Datuk Seri Mohd. Shuhaily Mohd. Zain berkata, beliau dimaklumkan beberapa pembekal bahawa daging itu tidak dihasilkan di negara ini dan lebih membimbangkan, tiada kelulusan rasmi untuk mengimportnya.

“Namun, kehadirannya agak biasa apabila sambutan Tahun Baharu Cina diraikan. Dari mana sebenarnya sumbernya, kita sedang cuba rungkaikan.

“Sekiranya berjaya dikenal pasti, saya akan kongsikan terus kepada pihak media,” katanya pada sidang akhbar di Pelabuhan Barat, di sini, hari ini.

Beliau menegaskan, perkara itu menimbulkan kebimbangan dari segi keselamatan makanan serta pematuhan undang-undang import.

“Saya ingin mengingatkan masyarakat Tionghua bahawa suckling pig yang dinikmati mungkin diimport daripada 14 buah negara yang kini dikenakan larangan oleh Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan,” jelasnya.

Mohd. Shuhaily turut memaklumkan, larangan pengimportan dari 14 negara itu adalah langkah pencegahan bagi mengekang wabak Demam Babi Afrika (ASF) daripada menular ke negara ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN