fbpx
Pelajar duduk di sebuah bilik darjah di negeri Laut Merah pada 16 September 2024. - AFP

8 juta murid di Sudan tercicir pelajaran

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KHARTOUM – Konflik ketenteraan hampir tiga tahun di Sudan menyebabkan lebih lapan juta kanak-kanak tercicir daripada pelajaran, demikian menurut pertubuhan amal kanak-kanak antarabangsa, Save The Children.

“Lebih lapan juta kanak-kanak iaitu hampir separuh daripada 17 juta pelajar yang layak bersekolah, telah menghabiskan kira-kira 484 hari tanpa hadir ke bilik darjah,” kata Save The Children dalam satu kenyataan. 

Sudan dilanda perang sejak April 2023 akibat perebutan kuasa antara jeneral Angkatan Tentera Sudan (SAF) dan Pasukan Sokongan Pantas (RSF). 

“Ini adalah salah satu penutupan sekolah terpanjang di dunia. 

“Banyak sekolah ditutup, manakala beberapa lagi rosak akibat konflik atau digunakan sebagai pusat perlindungan untuk menempatkan lebih tujuh juta orang yang kehilangan tempat tinggal di seluruh negara,” tambah NGO yang berpangkalan di Britain itu. 

Negeri paling teruk terjejas adalah Darfur Utara, barat Sudan dengan hanya tiga peratus daripada lebih 1,100 buah sekolah dilaporkan masih beroperasi. 

Pada Oktober tahun lepas, RSF menawan bandar El-Fasher yang merupakan ibu kota Darfur Utara dan ibu kota terakhir daripada lima yang berada di luar kawalan mereka. 

Sekolah-sekolah di Darfur Barat, Kordofan Barat dan Darfur Selatan, masing-masing beroperasi pada kadar 27 peratus, 15 peratus dan 13 peratus, demikian menurut laporan sama. 

NGO itu menambah bahawa kebanyakan guru di Sudan meninggalkan pekerjaan mereka kerana tidak dibayar gaji. 

“Kita berisiko merosakkan seluruh generasi masa depan akibat konflik,” kata Ketua Eksekutif Save The Children, Inger Ashing. – AFP

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI