fbpx
Keempat-empat suspek itu didakwa di mahkamah semalam. - AsiaOne

4 rakyat Malaysia ditahan di Singapura, ‘scam’ hampir RM4 juta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SINGAPURA – Empat rakyat Malaysia dihadapkan ke sebuah mahkamah di Singapura semalam kerana didakwa terlibat dalam tiga kes penipuan berasingan dengan menyamar sebagai pegawai kerajaan, lapor portal berita Asia One. 

Polis dalam satu kenyataan berkata, jumlah kerugian dalam tiga kes penipuan tersebut melebihi SG$1.17 juta (RM3.7 juta). Ia melibatkan tiga lelaki dan seorang wanita berusia antara 24 hingga 30 tahun. 

Kes-kes tersebut berlaku antara 22 Oktober tahun lepas hingga 19 Januari lalu. 

Dalam kes pertama, seorang mangsa kehilangan lebih SG$1.1 juta (RM3.4 juta) setelah ditipu oleh suspek yang menyamar sebagai pegawai kerajaan.

Wang tersebut disalurkan melalui rangkaian pembayaran yang kompleks sebelum dikeluarkan melalui mesin pengeluaran wang automatik (ATM) di Malaysia, beberapa jam selepas transaksi dibuat oleh mangsa.  

Hasil siasatan menyebabkan pegawai Perintah Anti-Penipuan Singapura dan polis Malaysia berjaya menahan dua lelaki berusia 24 dan 30 tahun kelmarin. 

Mereka didakwa mengeluarkan wang melalui ATM di Malaysia menggunakan kad pembayaran yang berkait dengan akaun keldai sebelum menyerahkan duit tersebut kepada individu tidak dikenali, sebagai sebahagian daripada operasi pengubahan wang haram.

Kes kedua dan ketiga berlaku pada hari sama, dengan kedua-dua mangsa diperdaya oleh suspek-suspek yang menyamar sebagai pegawai bank dan pegawai Penguasa Kewangan Singapura. 

Mangsa kedua menyerahkan SG$50,000 (RM157,400) kepada seorang lelaki rakyat Malaysia berumur 28 tahun, manakala mangsa ketiga menyerahkan SG$15,000 (RM47,255) kepada seorang wanita rakyat Malaysia berumur 26 tahun. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI