fbpx
Keadaan SUV yang dinaiki mangsa. - ThaiRath

‘Pusing belakang sekejap saja, tiba-tiba sudah tergantung’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

BANGKOK – Seorang wanita dan penumpang terselamat daripada kecederaan parah selepas sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV) dinaiki mereka merempuh dinding dan hampir terjunam dari tingkat tiga sebuah bangunan tempat letak kereta, lapor laman berita Thaiger hari ini.

Kejadian berlaku malam semalam di Khlong Toei, Bangkok.

Anggota penyelamat dipanggil ke lokasi kejadian di Khlong Toei sekitar pukul 9 malam (waktu tempatan) untuk membantu kedua-dua mangsa. 

Pemandunya, Thaweep, 55, serta penumpangnya kemudian dibawa ke hospital untuk pemeriksaan lanjut.

Gambar yang dikongsikan oleh penyelamat Sittipon Benz di laman Facebook menunjukkan sebuah Toyota Corolla Cross kelabu merempuh dinding konkrit di tingkat tiga bangunan.

Tayar hadapan SUV itu tergantung di udara, manakala tayar belakang tersepit pada penghadang logam, menghalang kenderaan daripada jatuh ke bawah. 

Penyelamat berkata, Thaweep hanya mengalami kecederaan ringan akibat hentaman itu, manakala penumpangnya tidak mengalami kecederaan.

Menurut Thaweep, ketika kejadian, dia sedang bersedia untuk memandu pulang dan telah pun menghidupkan enjin. 

Tambahnya, dia berpaling sebentar untuk mengambil barang dari tempat duduk belakang dan cuba meletakkan kakinya pada brek.

Bagaimanapun, dia secara tidak sengaja terpijak pedal minyak, menyebabkan SUV itu meluru ke hadapan dan merempuh dinding dengan kuat.

Pasukan penyelamat menggunakan tali dan peralatan khusus untuk menarik naik kenderaan itu. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN