fbpx
Gambar hiasan

‘Gali lubang, tutup lubang bayar hutang’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – “Umpama gali lubang, tutup lubang nak bayar hutang.”

Itu luahan seorang wanita yang tekad mahu melunaskan hutang dalam talian dan kad kredit yang mencecah RM11,000.

Menerusi hantaran di Threads, wanita itu mendedahkan dia terpaksa menanggung beban kewangan keluarga selepas suaminya dibuang kerja.
“Misi 2026, selesaikan dua Atome Paylater RM6,000, Boost Payflex RM4,000. Selesaikan suku daripada hutang pinjaman motosikal kredit AEON, kad Atome Paylater RM1,000 dan TikTok Paylater RM500.

“Semoga dipermudah. Aku tak nak hidup dengan hutang lagi,” katanya.

Perkongsian itu meraih perhatian ramai termasuk rata-rata pengguna turut berkongsi pengalaman sama berdepan masalah hutang.

“Selepas rugi berniaga, terpaksa gali lubang, tutup lubang. Sekarang, gaji suami cukup untuk barang rumah dan kereta. Ada hutang lagi RM10,000 juga harap dapat selesaikan separuh,” komen @Farhana_daud94.

“Sama nak tutup juga hutang Spaylater. Hari-hari ada orang telefon sebab lambat bayar. Semoga tak perlu dah nak berhutang lagi kecuali keadaan memaksa,” komen @Justmymind.

“Semoga dipermudahkan urusan. Saya pun tinggal hutang Spaylater sahaja. Tapi masih ada hutang pinjaman pendidikan,” komen @Yagami. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN