fbpx
Beego tidak menyimpan sebarang perasaan marah terhadap isterinya, Linda Hashim, susulan dakwaan aktres itu tidak meminta izin sebelum berangkat menunaikan ibadah umrah ke Tanah Suci Mekah pada 24 Disember lalu.

‘Masih suami isteri, dia pergi umrah tak minta izin saya’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – Pelakon Beego menegaskan dirinya tidak menyimpan sebarang perasaan marah terhadap isterinya, Linda Hashim, susulan dakwaan aktres itu tidak meminta izin sebelum berangkat menunaikan ibadah umrah ke Tanah Suci Mekah pada 24 Disember lalu.

Ujar Beego atau nama sebenarnya Mohamad Aszerul Nizam Abdullah, 45, mesej dihantarnya kepada Linda sekadar peringatan berhubung status mereka sebagai suami isteri, bukan berniat mencetuskan salah faham.

“Saya langsung tidak marah. Sebagai suami, bila isteri mahu menunaikan umrah, saya reda sahaja. Cuma saya mengingatkan tentang kedudukan kami masih suami isteri.

“Dia tidak meminta izin secara khusus. Bukan apa, sekadar berbasa-basi atau berlembut sedikit sudah memadai. Kalau perkara itu disalah tafsir dan menyinggung perasaan, terpulang kepada dirinya.

“Saya bukan jenis berkongsi semua perkara kepada umum,” katanya kepada Kosmo! Online.

Tambah pelakon sitkom Puteri itu, apa diharapkan hanyalah satu bentuk adab sebagai isteri meskipun hubungan mereka sedang melalui fasa getir.

Tegasnya, status rumah tangga mereka masih belum berakhir sepenuhnya kerana kes masih dalam proses mahkamah, sekali gus membuatkan dirinya berasa keliru dengan kedudukan sendiri sebagai suami.

“Sekurang-kurangnya ucapkan, ‘assalamualaikum, saya mohon izin mahu pergi umrah.’ Itu sahaja sebenarnya.

“Walaupun dia sudah menyatakan tidak suka dan mahu berpisah, hakikatnya kami masih terikat sebagai suami isteri.

“Sebab itu saya tertanya-tanya, salahkah saya sebagai suami mempertikaikan perkara tersebut? Tak apalah, saya terima sahaja,” ujarnya.

Terdahulu, Linda mencuri perhatian ramai apabila berkongsi tangkap layar mesej dipercayai dihantar Beego berhubung ibadah umrah itu.

Dalam mesej tersebut, Beego dilaporkan menulis: ‘Pergi umrah nanti pasti ada kifarah. Sama ada baik atau buruk, sebab masih berstatus isteri.’ – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN